say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Isnin, 15 Mac 2010

Info Kesihatan: PMS Diagnosis


Tidak terdapat ujian makmal atau penemuan fizikal unik untuk mengesahkan diagnosis PMS. 
Untuk menentukan satu corak, doktor mungkin meminta pesakit wanita untuk menyimpan rekod prospektif mengenai simptomnya pada sekeping takwim untuk sekurang-kurangnya dua kitaran haid. 
Ini akan membantu menentukan, adakah, prehaid dan boleh diramal berulang. Sejumlah peralatan piwaian telah dibangunkan bagi mengukur PMS, termasuk Kalendar bagi sindrom Pengalaman Prehaid (Calendar of Premenstrual syndrome Experiences - COPE),Rekod Prospektif Bagi Kesan Dan Keterukan Haid (PRISMA), dan Penimbang Analog Visual (Visual Analogue Scales - VAS).
Tambahan, keadaan lain mungkin menjelaskan simptom dengan lebih baik mungkin diketepikan. 
Sejumlah keadaan perubatan cenderung menjadi teruk ketika haid, proses yang dikenali sebagai peningkat haid 
Keadaan ini mungkin mendorong kepada pesakit mempercayai bahawa dia mengidap PMS, sedangkan masaalah sebenar mungkin masaalah lain. Ciri utama adalah keadaan ini mungkin wujud di luar fasa haid (luteal). Keadaan yang boleh ditingkatkan oleh prehaid termasuk kemurungan, migran, masaalah sawan, sindrom lesu kronik, sindrom usus besar resah (irritable bowel syndrome), asthma, dan alahan.
Sungguhpun tidak terdapat persetujuan umum mengenai apa yang ditakrifkan sebagai takrifan rasmi bagi menentukan PMS, dua takrifan yang biasa digunakan dalam program penyelidikan:
  • Penyelidik di Institusi Kebangsaan bagi Kesihaan Mental (National Institute of Mental Health) membandingkan antara tahap simptom dari hari kitaran 5 hingga 10 sehingga selang enam hari sebelum permulaan haid. Untuk layak sebagai PMS, tahap simptom mesti meningkat sekurang-kurangnya 30% dalam tempoh enam hari sebelum haid.. Tambahan lagi pola ini mesti direkodkan bagi sekurang-kurangnya dua kitaran berturut-turut.
  • Definas yang ditetapkan di Universiti California di San Diego memerlukan kedua kesan emosi (affective) dan fizikal (somatic) dalam tempoh lima hari sebelum haid setiap satu dalam tiga kitaran berturut-turut, da mesti tida hadir semasa tempo pre-ovulasi itaran (hari ke-4 sehingga 13). Bagi definasi ini, simptom affective termasuk simtom seperti kemurungan, mudah terganggu, risau, keliru, dan bersendirian. Simptom somatic termasuk simptom seperti sensitif pada bahagian payu dara, kembung perut, sakit kepala, dan bengkak pada bahagian kaki dan tangan.

credit : wikipedia

2 ulasan: