Hari ni aku nak cerita sedikit tentang rumahku. Aku tinggal di tempat kediaman yang aku diami kini sudah hampir 20 tahun. Sama usia denganku. Lahir melihat dunia terus melihat rumahku ini.
Terlalu banyak pahit manis kehidupan aku tempuhi bersama-sama keluarga yang aku sayangi di sini. Tetapi, semuanya akan berakhir. Aku akan merinduinya. Tiada lagi bising bunyi kenderaan yang x pernah lekang.
Walaupun rumah kami x seberapa kmk aku bersyukur kehadrat ALLAH SWT. Kami selesa dan bahagia tinggal di sini.
Jika kami pindah tiada lagi saudara mara menjadi jiranku. Aku di besarkan di sini bersama-sama mereka. Berat rasa hatiku untuk meninggalkannya. Tetapi apa daya aku dan keluarga serta saudaraku?
Kami hanya orang kecil dan mereka adalah org besar. Siapa kami untuk melawan? Kami bukannya org berada. Boleh lakukan apa sahaja seperti mereka. Kami benar-benar x mampu.
T.O.L sudah di keluarkan. Tawaran utk mengambil geran juga sudah d keluarkan 5 tahun yang lalu tetapi kerana bila ayahku dan adik beradiknya hendak membayar untuk mendapatkan geran tanah di tolak?
Dulu memang kami berniaga. Berniaga di depan rumah. Ibuku menjual sayur-sayuran segar dan air tebu. Mak cik ku pula membuka kedai runcit. Kami x di keluarkan geran tanah kerana kami berniaga di kawasan kediaman. Menyalahi undang-undang walaupun kami berlesen. Ok aku dapat terima semuanya.
Tetapi, 5 tahun sudah berlalu. Kami berhenti berniaga seperti mereka minta tetapi apa yang kami dapat? Geran tanah sampai sekarang x dapat di keluarkan.
Malahan, sekarang kami akan di pindahkan. Ya memang lokasi kawasan kediaman kami tempat yang strategik di tepi jalan utama. Tetapi di mana hak kami untuk mempertahankannya? Mungkin hujung tahun ini kami akan berpindah.
Berpindah di rumah yang baru. Rumah yang aku rasa kekok untuk di diami. Entah dimana dan bagaimana. Akan ku ceritakan lagi nanti.
Doakan semoga semua urusan kami di permudahkan ALLAH SWT. AMIN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan