say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Ahad, 14 Mac 2010

Info Kesihatan: Kemurungan


Kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang banyak berlaku tetapi kurang didiagnosis sehinggalah masalah telah menjadi teruk dan memerlukan rawatan rapi. Hampir kesemua pesakit yang murung mengalami episod mood yang rendah, dan hilang minat sepenuhnya terhadap sesuatu aktiviti yang sebelum ini digemarinya.

Sering kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian, mengingati maklumat atau membuat keputusan menjadi antara tanda-tanda kemurungan. 

Pesakit juga mungkin menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga atau rakan, dan mungkin wujud perasaan mahu atau cubaan membunuh diri.

Mereka yang murung juga mengalami simptom fizikal seperti berat badan atau selera makan meningkat (atau menurun), bangun terlalu awal, kurang bertenaga, sakit kepala, masalah penghadaman dan rasa sakit yang kronik. Orang di sekitar individu yang murung mungkin perasan penampilan yang semakin runsing atau pergerakan semakin perlahan.

Namun, bukan semua individu kemurungan menunjukkan kesemua atau simptom yang sama. 

Untuk mengelaskan seseorang itu sebagai murung, simptom tertentu (kecuali perasaan ingin bunuh diri) perlu hadir selama sekurang-kurangnya dua minggu.

Di kalangan kanak-kanak pula, simptom murung lebih sukar untuk dikenalpasti dan sering dianggap sebagai ‘membuat perangai’ semata-mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan