Salam & selamat sejahtera,
Kedengaran nokia tone nyaring datangnya dr dalam bilik ibuku. Ada panggilan kataku di dalam hati. Ahhh biarkan sahaja, ibuku ada di dalam, pasti ayahku yang menelifon.
Aku terus masuk ke dalam bilikku untuk continue buat entry Kamera Lomo. Ibuku mengetuk pintu bilikku sambil menangis. Aku tanpa membuang masa bangun dan terus mendapatkan ibuku.
Aku : "kenak mak? pahal kitak nangis?
(kenapa bu, apahal ibu menangis?)"
Ibu : "nenek eksiden deq. Nya eksiden dalam perjalanan nak pergi sembahyang jemat. Kenak langgar miak k motosikal."
(datuk kemalangan deq. Dia kemalangan semasa dalam perjalanan nak pergi sembahyang jumaat. Kena langgar budak pakai motosikal."
Aku hanya mampu menenangkan ibuku. Selepas tu ibu suruh aku dan abg kemaskan pakaian coz ktaorg kna balik kampung petang itu juga.
Alhamdulillah kami selamat sampai ke kampung ibu dalam pukul 9 malam. memang penat duduk lama. Tapi xapakn.
Datuk dah ada kat umah tapi masih x leh nak berjln. Akibat daripada kemalangan tu, datuk aku kena jahit 20 jahitan d buku lali. Boleh tahan la jugak luka kat kaki dia. Nasib baik tak kena kat kaki kanan. Kalau kena kat kaki tangan mesti kena operation.
Kaki kanannya dah 7 tahun dah berbesi. I mean dlm kakinya di letakkn besiselepas kemalangan 7 tahun dulu yang meragut nyawa nenek dan kazenku. Syukur datuk x ada apa-apa. Budak yang langgar datuk tu luka sikit je.
Sekarang datuk di bawa tinggal bersama-sama dengan kami. Ini dia gambar basikal yang di gunakan datuk semasa kemalangan. [betul ke ayat?] heheheh redah je.
mudah2an selamat semuanya
BalasPadamsemoga semuanya selamat
BalasPadamjaga diri
semoga dipermudahkan segalanya..
BalasPadamsyuQ, si Tedi & sweetsour : terima kasih. alhamdulillah atuk ok. dpt 20 jahitan kat buku lali.
BalasPadamsalam. piluk ati mek ngenang nenek kitak eh. sabar jak k. kitak gik msh ada datuk. mek dah sikda gik dah.
BalasPadambtw,mek dah add kitak juak. :)