Salam & selamat sejahtera...
Semalam aku memang penat gilerr.. Memang dah x larat da nak 'update'kn blogku ini. Seawal 9 pagi aku dah mulai gerak dah pergi umah mak cik aku yang meninggal tu.
Mak cik aku tu actually kazen daddy aku. Tp nenek aku ambik dia jd anak angkat. Walaupun hanya adik-beradik angkat namun hubungan mereka sangat akrab. Dia tu kira kakak daddy aku la. Walaupun dia kakak daddyku tetapi kami tetap panggil dia Mak Su.
Mak Su aku ni memang happy orgnya. Kalau ada kenduri pasti riuh rendah. Gurau sendanya, gelak tawanya. Memang layan la. Namun, ALLAH S.W.T lebih menyayangi dirinya. Dia menghembuskan nafas pada pukul 4 pagi 13 March di Hospital Umum Sarawak.
Pagi tu aku semasa aku mendapat panggilan, aku memang dah x dapat nak control sebak dah :'( Aku memang x dapat tidur pada malam tu. Aku sakit peruttttt... Biasalah rutin bulanan utk semua perempuan :) Aku terlelap jam 4 pagi. Aku terjaga setelah mendapat panggilan dari kazenku pada jam 7 pagi. Daddy aku memang dah tau dah aku jer yang lewat tau.
Sesampainya aku kat umah Allahyarhamah Mak Su aku tu, jenazah dia baru sampai dari hospital. Beberapa minit selepas kedatanganku jenazah di mandikan.
Selesai semua, jenazah di kapankan n aku sempat mencium dahinya untuk kali yang terakhir. Selepas aku kiss dahinya pilu menyelubungi diriku. Aku tak dapat menahan sebak dan akhirnya menagis di dlm pelukan kazenku.
Jenazah Allahyarhamah di kebumikan selepas sembahyang Asar coz keluarganya lagi menunggu 2 orang anaknya dari semenanjung. Mereka hendak berjumpa dengan bonda kesayangannya buat kali yang terakhir. Allahyarhamah di semadikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.
Semoga rohnya di cucuri rahmat dan tergolong di dalam golongan orang-orang yang beriman. AMIN AMIN AMIN AMIN YARABAL ALAMIN... AL-FATIHAH...
Disini aku kongsikan sedikit gambar yang aku sempat aku snap semasa di Tanah Perkuburan tadi.
Inilah Tanah Perkuburan Islam Samariang. Actually mmg luas tp aku snap yg ni jerr.
Daddy & MummyKu
Mak NgahKu
Ketawa di dalam tangisan...
Kakak kandung Allahyarhammah Mak Usu [bj biru]
Antara keluarga yang datang..
Sesungguhnya semua benda yang hidup pasti akan mati. Yang datang pasti akan pergi. Yang hilang tak akan berganti. Tetapi kenangannya tetap abadi di hati.
Ingat 5 perkara, Sebelum 5 perkara...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan