Salam & Selamat Sejahtera..
Trombol Island. Pernahkah anda mendengar nama pulau tersebut? Kalau pernah di mana? Trombol Island terletak berhampiran dengan Telaga Air, Kuching, Sarawak. Sebelum ini, tiada pengangkutan lain yang menghubungkan penduduk untuk pergi ke situ kecualilah dengan menggunakan perahu ataupun bot.
Sekarang, untuk ke pulau itu penduduk tidak lagi menggunakan pengangkutan air. Setelah jalan raya yang telah siap di bina pada pertengahan tahun 2009. Sebanyak tujug[7] buah jambatan yang akan dilalui sebelum sampai ke Pulau Trombol.
...jambatan pertama...
..jambatan terakhir [ke07]..
Sebelum ini, ramai penduduk tinggal di pulau tersebut termasuklah keluarga Datukku. Tetapi kini, hanya dua[2] atau tiga[3] buah keluarga sahaja yang masih menetap di situ.
Datukku seorang perantau berbangsa Indian Muslim berasal dari Singapura yang lari mengikut kapal semasa penjajahan Jepun bersama saudara lelakinya yang lain dan tinggal hampir belasan tahun di Sambas, Indonesia. Di Sambas, Indonesia datukku bertemu jodoh dengan nenekku dan selepas kahwin mereka berhijrah ke negeri Sarawak dan menjadi warganegara Malaysia.
Datuk dan nenekku mendapat kewarganegaraan Malaysia dan menetap di Pulau Trombol. Selepas nenekku melahirkan anaknya yang ke-6 iaitu Pak Suku, mereka sekeluarga berpindah ke Kampung Samaring Jaya, Kuching Sarawak.
Walaupun belum ada membangunan yang terdapat di Pulau Trombol tetapi suasananya yang indah mampu membuat perasaan anda menjadi gembira dan tenang. Aku sempat menangkap gambar semasa ayahku membawa kami melawat ke pulau kelahirannya.
wow....first time dengar pasal pulau trombol...nice info
BalasPadamsharing is caring. tempat kelahiran ayahku :) proud of it.. :) thanks 4 reading
BalasPadamboleh kmk tauk jalan nak guna mun gi trombol?kat cne lpangan trbang lmak area sia?
BalasPadamBoleh.. sebelum telaga air ya ada jalan baru.. jln ya perge ke trombol.. x lelah k laut agik.. kelak mun mek pg agik mek mdh xney lapangan terbang lamak d cya k.. mek xda ambik.. tp bapak mek da nunjok..
BalasPadam