say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Selasa, 31 Mei 2011

Selamat tinggal Mei!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Seperti yg kita semua tahu hari ini adalah hari yg terakhir pada bulan Mei. Sungguh masa tidak menanti kita.

Selamat tinggal Mei, selamat dtg Jun!

Itu bermaksud hanya tinggal 5 bulan 11 hari lagi sebelum 'hari yg mendebarkn'. Semoga dipermudahkan segala urusanku nanti amin..

Buat semua sahabat 'Dayak' alam maya ataupun realiti yang meraikan Hari Gawai esok hari, "Selamat Hari Gawai Gayu Guru Gerai Nyamai"

Sent from my Nokia phone

Sabtu, 28 Mei 2011

Galaxy Sony Ericsson Untuk Anda~



Adakah anda seseorang yang baru untuk smartphone? Ingin mencuba smartphone sederhana tapi satu yang penuh dengan keperibadian? 

Dengan mini GALAXY Sony Ericsson di RM 599, sekarang anda dapat tetap terhubung dengan teman anda melalui Facebook dan Twitter mana saja mudah! 

Anda juga boleh membaca e-mel, mengakses Google Maps, mendengar muzik dan mengambil gambar mana-mana anda pergi. 

Galaxy Mini beroperasi pada Android 2.2 (Froyo) yang Ini mungkin salah satu smartphone paling terjangkau sekitar!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai smartphone ini sila ke Galaxy Sony Ericsson.

Terima kasih.

Jom Menang RM1, 000 Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat selama 4 minggu!


Selalu ingin melakukan sesuatu yang benar-benar gila?


Bungee terjun dari jambatan ... naik roller-coaster paling menakutkan di dunia ...melawan pegulat sumo ... terjun dari pesawat (dengan parasut sebab) ... Berkongsi mimpi sensasi anda dan anda hanya mungkin boleh ditaja untuk melakukannya dengan Nestle Drumstick!



Di atas itu, SAYS.my adalah memberikan RM1, 000 setiap Isnin, Rabu dan Jumaat selama 4 minggu, untuk 1 peserta beruntung yang menyertai pertandingan Nestle Drumstick dan dihantar kembali SAYS.my.


Sila kesini untuk menyertai pertandingan Nestle Drumstik ---> [link]

Jumaat, 27 Mei 2011

Doakan Kucing Ini :'(

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Alhamdulillah akhirnya dapat juga kita bersua kembali. Namun hati ninie sungguh berasa tidak sedap. Air mata mengalir sahaja bila memandang seekor kucing derita nazak.

Ini gambarnya ketika kucing d temui d hadapan rumah ninie :(


Sahabat2 sekalian, marilah kita bersama-sama mendoakan semoga di permudahkan urusan kucing tersebut.

Berat mata ninie memandang berat lagi bahu kucing itu memikul.

Kucing terbabit d percayai d langgar kereta d hadapan rumah ninie dan sempat berlari d hadapan rumah dan tidak dpt lagi menggerakkan kaki dan ekor namun masih bernyawa dan masih mampu menelan air liur kelip mata dan memberi respon apabila d panggil.

Ninie nak buat apa? badannya dah nampak keras. Ninie takut + kasihan :'(

Hanya ini yang mampu ninie lakukan. Menyelimutkan nya :(


Buat pengetahuan semua kucing ini adalah suami kepada Si Puteh iaitu kucing ninie. Walaupun  kucing tersebut adalah kucing liar namun kucing itu selalu ke rumah ninie. Ini adalah Si Puteh :)

[ketika ini si puteh baring berdepan dengan suaminya :(]

Ini pula hasil daripada cinta mereka. 5 ekor comel belaka. Si Puteh dan anak2nya adalah kucing peliharaan saya..
[hanya 4 ekor yang bangun. seekor lagi sedang tidur]



Kasihan kucing2 ini. Ayahnya tengah nazak namun mereka tidak tau apa2.. :'(

Semoga dengan doa kalian dpt meringankan lagi derita yg d tanggung oleh kucing itu tadi.. AMIN

Rabu, 25 Mei 2011

Kuching > Simunjan > Kuching

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Maaf hari ni ninie penat sangat. Nak 'update' dan blogwalking pun rasa tak larat. Hari ini ninie temankan abg ke simunjan dan balik lagi pada hari yang sama. Pergi dah ambik masa 2 jam dan balik pun ambik masa 2 jam.

Destinasinya adalah kampung mamy juga kampung tunangan abg iaitu Simunjan, Sarawak.

Sahabat2 sekalian alam sila tinggalkan jejak anda di shoutbox ataupun linkexchange di bwh sekali

Ini adalah untuk memudahkan ninie melawat anda nanti. Lambat atau cepat kamu akan mendapat kunjungan dari ninie..

Ninie post mcm ni mcm lah belog ninie best dan ada org bacakan? hehehe Jgn marah ea kengkwn..

Nak lelapkan mata dulu.. Penatnya semakin terasa..

Selamat Malam semua.. Wassalam.

Hari Ini Tarikh Keramat. Saya Sungguh Gementar.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Selamat pagi semua. Seperti korang semua sedia maklum. Hari ini 25 May 2011 bersamaan dengan hari Rabu.  Hari ini adalah hari yang sangat ditunggu oleh semua yang begelar 'pelajar UiTM[pre &dip]'

Ini adalah kerana keputusan peperiksaan telah pun keluar dan sudah dapat di semak..

Semua pasti kecut perut. Ninie apatah lagi. Kehulu kehilir fikir apa yang akan terjadi nanti? 

Maksud ninie terjadi apabila result dapat di semak..

Mula2 ninie bukak Student Portal keluarlah yang di bawah ini
(klik pada gambar untuk tumbesaran)

Lepas tu bila klik See Exam Result pulak keluar yg kat bawah ni.. 
(klik pada gambar untuk tumbesaran)

Ya Allah sungguh ninie rasa gementar yang tiada taranya.. lepas login keluarlah ini
(klik pada gambar untuk tumbesaran)

Haiya nampaknya satu step lagi sebelum dapat melihat keputusan peperiksaan.. bila ninie tekan je Print Result Exam akhirnya keputusan keluar
(klik pada gambar untuk tumbesaran)

Namun bila hati sungguh berdebar-debar gementar bila dah bukak keluarlah mcm yang kat atas tu memang kecewa habis..

Nak buat mcm mana? ninie memang lupa nak buat SuFo. Baru je buat bila keputusan tak d keluarkan sebab tak buat SuFo. No SuFo No Result!..

Alamak nak tunggu sampai bila keputusan dapat d semak?

Semoga semuanya baik2 aja. Semuanya lulus. Amin..

Eh Eh Eh Shoutmix Tersembunyi?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Selamat petang buat semua sahabat di alam maya dan semua pembaca juga pelawat yang setia. Terima Kasih kerana tak jemu-jemu melawat belog ninie yg tak seberapa ini.

Ok di pendekkan cerita. Kali ini ninie nak kongsi 'Tutorial' mengenai cara untuk membuat shoutmix atau cbox tersembunyi berserta gambar yang comel, hensem dan cantek macam shoutmix ninie :)

Ini contoh sebelum di klik.


Ini pula contoh apabila shoutbox di klik.

Langkah 1:
dashboard > design > page element > add gadget > html javascript
Langkah 2:

Selepas bukak seperti Langkah 1, 'COPY' kod di bawah ini dan seterusnya letakkan di dalam html tadi. [kalau korg tekan kanan pasti tak dapat copy. Jadi korang highlight dulu dan tekan Ctrl dan C serentak ok?]





Langkah 3:

Letakkan 'URL GAMBAR' pilihan anda di dalam kod diatas. Juga gantikan kod shoutbox korg di MASUKKAN KOD SHOUTBOX ANDA DISINI [kod shoutbox boleh d copy dari shoutbox kod anda sebelum ini] .

Langkah 4:

Klik 'SAVE'

Itu sahaja. Sekian. 

Untuk URL gambar, ini pula di antara URL GAMBAR yang ninie jumpa di PhotoBucket. Pilih dan Copy URL di bawah gambar:

http://i1102.photobucket.com/albums/g441/amy-iyiyi/iconshoutbox.png

http://i1002.photobucket.com/albums/af144/azmi88/small-shoutbox-icon.png

http://i1182.photobucket.com/albums/x446/WanaKendys/sondongwoon-1-1.png

http://i1002.photobucket.com/albums/af144/azmi88/cute-shoutbox-2.png

http://i159.photobucket.com/albums/t122/doraemoni/SHOUTBOX.png

http://i1002.photobucket.com/albums/af144/azmi88/Shoutbox.png

http://i763.photobucket.com/albums/xx271/bayilucu1/SHOUTBOX.jpg

http://i1236.photobucket.com/albums/ff450/kaseh1/cats.png

http://i665.photobucket.com/albums/vv19/Medacherry/lori.jpg

Photobucket

http://i1041.photobucket.com/albums/b418/hannafauzann/lmh_130110_a-1-1.png


http://i429.photobucket.com/albums/qq15/wan_hazel/icon.png

Photobucket

http://i1041.photobucket.com/albums/b418/hannafauzann/jung-1.png

Search kat PhotoBucket untuk lebeh gambar. Tak Jadi silalah bertanya ninie lagi. Gambar ninie kat sebelah kanan atas tu ninie buat sendiri :)


korang boleh jugak cuba buat sendiri dengan menukar saiz gambar ke ukuran di bawah:
tinggi-400 dan lebar-150. 
Selepas itu downloadkan ke Facebook ataupun PhotoBucket>tekan sebelah kanan>copy image URL

**p/s Untuk URL GAMBAR jangan lupa simbol ini ''. Maka mcm ini 'URL GAMBAR KORANG'

Selamat Mencuba :)

Selasa, 24 Mei 2011

Blog D M'sia Paling 'CELAKA?'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Biasalah ninie kalau tak ada buat apa2 tghari mcm ini, ninie akan buat blogwalking..

Ninie terjah lah Belog Cik Mimi kita ni. Lepas baca entri dan follow, ninie bukak la cbox Cik Mimi untuk tinggalkan 'bau' supaya dapat di kesan.. hehehe

Namun membuka Cbox menimbulkan kemarahan Ninie yang tiada tara. Itu cuma mengambarkan sahaja. hahaha.. Nak tau apa?

Ada seekor 'beruk mak yeay' ni tinggalkan bau busuk kat belog Cik Mimi.

Ini dia [klik untuk tumbersaran]

Kesian Cik Mimi. Namun cubit kaki kiri kaki kanan terasa juga. Ninie pun org M'sia. Kenapa pulak nak cakap Blog DM'sia Paling CELAKA?

Ermm nak buat mcm mana kan? Sabar jer lah buat Blogger M'sia. Org tu jeles kot kat Blog2 Org Malaysia.. Kalau tak suka pun jgnla cakap mcm tu. Menimbulkan kemarahan banyak pihak.. Blogger Malaysia bukannya sedikit dia nak kata mcm tu.


Maafkan ninie kalau ninie terkasar bahasa. Maaf bukan dengan menghulur sepuluh jari kerana nak hulur pun tak sampai tangan namun maaf dari hati ke hati. Semoga hidup kita lebih di berkati. Sila betulkan ninie kalau ninie silap. Sekian terima kasih semuanya.

Sila terjah CIK MIMI :)

'Ngayang' bersama mereka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

'Ngayang' bermaksud berjalan-jalan di dalam bahasa melayu Sarawak. 


'Nganyang' pula membawa erti mengunyah di dalam bahasa melayu Sarawak.


JANGAN TERSILAP :)

Kami semua 'ngayang' di Mc Donald Batu 3. Pergi makan je pastuh balik..

Biar sahaja gambar di bawah ini yang menceritakannya..

.nana.

.budak misteri.


.nana.fifi.belle.


.belle.


.fifi.belle.budak misteri.


.budak misteri.nana.


.fifi.

Buat mereka, saya amat merindui mereka. Dalam gambar ini tiada Has :( namun tak mengapa. Detik-detik bersama akan ku simpan di dalam hati.. Terima kasih :) Semoga dipermudahkan segala urusan kamu semua sahabat. Love ya..



Isnin, 23 Mei 2011

Buffered Earning Kali Ke-6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Pagi ini ninie rasa nak bukak Nuffnang. Bukan nya apa sebenarnya ninie tukar 'template' baru dan iklan kat atas blog hilang..

Selesai letak balik iklan ninie g jenguk 'earning' pulak.. Alhamdulillah ini yang keluar sekali :)

[klik untuk tumbesaran]

'Buffered Earnings' ataupun nama melayunya 'Pendapatan Terumpukmerupakan pendapatan yang dijana daripada kempen mCPM yang sedang berjalan di dalam blog anda. Jumlah pendapatan ini hanya akan digabung bersama jumlah pendapatan semasa anda selepas kempen mCPM tersebut tamat.

Alhamdulillah syukur.. Walaupun lama dah tak dapat BE, last ninie dpt BE bulan March yang lepas namun Nuffnang tetap menghadiahkannya lagi. Lama jugakla ninie tak aktif. Tak post apa2 pun bukan apa buzy sikit.

Jumlahnya tak lah banyak jumlahnya mcm blogger lain namun alhamdulillah itu pun dah membuat ninie gembira.

Terima kasih Nuffnang. Semoga nanti di gandakan lagi ye.. AMIN..

Terima kasih juga buat rakan2 di alam maya.

Ahad, 22 Mei 2011

BadanKu Hancur Kerana Mereka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Badan ninie hancur kerana mereka. Namun mereka sungguh comel. Ini dia mereka


Badan ninie hancur bukan kerana apa pun.. Sebenarnya ninie allergic bulu kucing.. Habislah badan ninie gatal2 dan ninie garu sampai tak berasa dah luka.. Nak buat macam maner kan?

Setelah hampir 2 minggu menanggung derita kegatalan akhirnya ninie memutuskan untuk berjumpa pakar kulit. Ini adalah kerana sebelum ini ninie pergi ke klinik biasa lepas bagi injectin ninie tidur pas tu bangun gatal semula dan makin menjadi-jadi. Ubat sapu pun tak rasa..

Lepas pergi Klinik Pakar Kulit bersama mamy, doktor tu bagitau kat mamy 
doktor: "kalu U sayang anak, U buang itu kucing"
mamy: "kalau dia tidak pegang xapa kan doktor?"
doktor: "buang terus la ibu, itu bulu kasi U punya anak allergic teruk. hancur sudah badan anak ibu ni"
mamy: "diam dan menangis.."

hahahah ninie pasti doktor tu terkejut bila mamy tiba2 menangis.. hahaha bukan apa, mamy cakap dia kesian kan kucing2 itu.

Untuk menghentikan tangisan mamy, ninie mengatakan bahawa kucing2 itu tidak perlu di buang. dan ninie yang akan jauhkan diri dari kucing2 tersebut..

Namun hasilnya sampai sekarang gatal masih merebak :( walaupun ninie dah tak main n pegang pun semua mereka..

Doakan ninie cepat sembuh ye kwn2..

Ini gambar lain kucing2 ada kat umah ninie.. semuanya ada 7 ekor. 2 ekor besar. 5 kecil. Nanti ninie letak gambar mereka kesemuanya ok? ehhehe