Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Alhamdulillah akhirnya dapat juga kita bersua kembali. Namun hati ninie sungguh berasa tidak sedap. Air mata mengalir sahaja bila memandang seekor kucing derita nazak.
Ini gambarnya ketika kucing d temui d hadapan rumah ninie :(
Sahabat2 sekalian, marilah kita bersama-sama mendoakan semoga di permudahkan urusan kucing tersebut.
Berat mata ninie memandang berat lagi bahu kucing itu memikul.
Kucing terbabit d percayai d langgar kereta d hadapan rumah ninie dan sempat berlari d hadapan rumah dan tidak dpt lagi menggerakkan kaki dan ekor namun masih bernyawa dan masih mampu menelan air liur kelip mata dan memberi respon apabila d panggil.
Ninie nak buat apa? badannya dah nampak keras. Ninie takut + kasihan :'(
Hanya ini yang mampu ninie lakukan. Menyelimutkan nya :(
Buat pengetahuan semua kucing ini adalah suami kepada Si Puteh iaitu kucing ninie. Walaupun kucing tersebut adalah kucing liar namun kucing itu selalu ke rumah ninie. Ini adalah Si Puteh :)
[ketika ini si puteh baring berdepan dengan suaminya :(]
Ini pula hasil daripada cinta mereka. 5 ekor comel belaka. Si Puteh dan anak2nya adalah kucing peliharaan saya..
[hanya 4 ekor yang bangun. seekor lagi sedang tidur]
Kasihan kucing2 ini. Ayahnya tengah nazak namun mereka tidak tau apa2.. :'(
Semoga dengan doa kalian dpt meringankan lagi derita yg d tanggung oleh kucing itu tadi.. AMIN
comelnyer..
BalasPadam