say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Sabtu, 21 Mei 2011

Cinta Cinta Cinta Apa Pula Cinta Bagi Anda?

Cinta. Cinta adalah segalanya. Cantik dan puitis jika diluahkan. Apakah erti cinta sebenar? Benarkah cinta itu adalah cinta setia? Akan bersama-sama menanggis dan ketawa bersama? Cinta tidak akan datang kalau tidak di cari. Cinta juga tidak akan datang kalau tidak di beri.

Cinta bukan sekadar di mata. Juga bukan hanya di bibir sahaja. Cinta lahir di dalam jiwa. Cinta akan hadir jika hati membenarkan. Jika hati menerima. Ada juga yang menyatakan, sesukar mana cinta itu di cari, sesukar itu juga cinta itu pergi.

Cinta tidak dapat d lihat tetapi dapat di rasa.

Cinta lahir dari hati. Cinta lahir tanpa di paksa dan datang tanpa kita sedari. Cinta tidak memerlukan sebab. Cinta itu adalah suci? Ya memang benar cinta adalah suci tapi di kotorkan oleh kita sendiri.

Cinta tidak semestinya memiliki. Cukuplah kita melihat orang yang kita sayang itu bahagia walaupun kita menderita. Walaupun kita sakit hati. Itulah cinta. Seumpama makanan. Ada yang pahit, masin, masam, dan manis.

Benarkah cinta itu buta dan boleh membutakan? Cinta itu akan jadi buta dan boleh membutakan kita sekiranya kita menyalah ertikan cinta. Seumpanya cinta yang tak mengenal dosa dan pahala. Tak mengambil kira hukum YANG KUASA. Terus hanyut dan leka. Akhirnya akan menyebarkan benih-benih cinta. Menyemaikan benih tanpa ikatan dan akhirnya melahirkan zuriat yang tanpa ayah? Siapakah yang akan dipersalahkan? Apakah yang akan berlaku dengan zuriat tersebut? Bagaimanakah dia yang tidak berdosa sepanjang hidupnya dicemuh dan dihina kerana kelahirannya yang tidak dirancang? Siapa pula yang akan bertanggungjawab akhirnya orang yang menyemai benih itu pergi begitu sahaja tanpa berita? SubhanALLAH.

Adakah masa itu memainkan peranan dalam cinta? Percayakah anda dengan cinta sesaat? Ada yang sudah bercinta betahun-tahun dan akhirnya berakhir begitu sahaja. Tanpa ikatan. Hilang di telan waktu. Adakah begitu?

Begitu senangkah kita untuk jatuh cinta dan mengalihkan cinta kita terhadap seseorang. Macam gula-gulakah cinta? Di makan apabila masih manis dan akhirnya di buang bila manisnya sudah tiada? Di sebut-sebut peribahasa “habis manis sepah dibuang?”.

Cinta memerlukan pengorbanan. Walaupun akhirnya ada yang terluka. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Bagaimana pula dengan cinta jarak jauh? Apakah yang akan terjadi sekiranya setia yang di pertaruhkan dan akhirnya tidak membawa kepada apa-apa? Siapakah yang harus di persalahkan?

Cinta memerlukan kesetiaan. Kasih sayang yang merapatkan lagi cinta.

Bagaimana pula dengan cinta terhalang? Cinta yang berputik bak bunga yang mekar mengharum tetapi di lindungi oleh daun dari sinar matahari. Apakah jadi dengan keponakkan cinta yang disiram setiap hari? Daun seumpama orang yang penting di sepohon bunga. Tetapi mengapa daun menghalang bunga yang mekar mengharum untuk meneruskan hidupnya? Salahkah bunga untuk terus mekar dan mengharum? Mengapakah bunga tidak diberikan peluang untuk berdikari? Kenapa tidak memberi peluang kepada bunga untuk teruskan memekarkan diri? Kenapa mesti dihalang? Kenapa tidak diberi peluang kepada bunga?

Apakah kerana perbezaan usia? Usia di ambil kira di dalam cinta? Cinta tidak mengenal usia. Usia bukan satu penghalang untuk seseorang itu untuk jatuh cinta. Salahkah seseorang yang saling mencintai tetapi berbeza usia untuk mendirikan istana cinta mereka? Mendirikan masjid? Salahkah mereka kerana usia?

Kenapa cinta itu mesti dihalang? Apakah salah pasangan yang ingin mengakhirkan cinta mereka dengan satu ikatan yang suci? Mahukah anda cinta anda miliki dan anda semai bertahun-tahun lamanya akhirnya pergi begitu sahaja kerana dihalang?

Hanya dengan satu sebab? Adilkah begitu? Nauzubillahiminzalik semuanya di tangan YANG ESA. Kita hanya mampu merancang dan hanyaNYA yang akan menentukan. Apa pula cinta bagi anda? Setiap yang terjadi ada hikmahnya :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan