Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Badan ninie hancur kerana mereka. Namun mereka sungguh comel. Ini dia mereka
Badan ninie hancur bukan kerana apa pun.. Sebenarnya ninie allergic bulu kucing.. Habislah badan ninie gatal2 dan ninie garu sampai tak berasa dah luka.. Nak buat macam maner kan?
Setelah hampir 2 minggu menanggung derita kegatalan akhirnya ninie memutuskan untuk berjumpa pakar kulit. Ini adalah kerana sebelum ini ninie pergi ke klinik biasa lepas bagi injectin ninie tidur pas tu bangun gatal semula dan makin menjadi-jadi. Ubat sapu pun tak rasa..
Lepas pergi Klinik Pakar Kulit bersama mamy, doktor tu bagitau kat mamy
doktor: "kalu U sayang anak, U buang itu kucing"
mamy: "kalau dia tidak pegang xapa kan doktor?"
doktor: "buang terus la ibu, itu bulu kasi U punya anak allergic teruk. hancur sudah badan anak ibu ni"
mamy: "diam dan menangis.."
hahahah ninie pasti doktor tu terkejut bila mamy tiba2 menangis.. hahaha bukan apa, mamy cakap dia kesian kan kucing2 itu.
Untuk menghentikan tangisan mamy, ninie mengatakan bahawa kucing2 itu tidak perlu di buang. dan ninie yang akan jauhkan diri dari kucing2 tersebut..
Namun hasilnya sampai sekarang gatal masih merebak :( walaupun ninie dah tak main n pegang pun semua mereka..
Doakan ninie cepat sembuh ye kwn2..
Ini gambar lain kucing2 ada kat umah ninie.. semuanya ada 7 ekor. 2 ekor besar. 5 kecil. Nanti ninie letak gambar mereka kesemuanya ok? ehhehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan