TANDA-TANDA KANSER PAYUDARA
Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payudara.
• Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.
• Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
• Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payu dara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.
Ujian Pengesanan Kanser Payudara
1. Pemeriksaan Fizikal
Dalam pemeriksaan fizikal, doktor akan memeriksa bahagian luar patudara termasuklah s bawahlengan untuk mengenalpasti sebarang ketumbuhan atau perubahab yang wujud. Doktor akan dapat menentukan saiz, tektur dan pergerakkan atau mobaliti ketumbuhan tersebut. Doktor mungkin akan mencadangkan supaya mamogram dilakukan.
2. Mamografi
Mamografi biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses ini mampu mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan pemeriksaan fizikal yang menggunakan tangan. Mamografi adalah X-RAY yang menghasilkan imej payudara pada filem. Imej yang terhasil ini d panggil mamogram. Jika ada kawasan pada mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan akan dijalankan.
3. Radiologi
Radialogi ialah teknik kedoktoran untuk melihat bahagian dalam badan manusia mekakui pancaran radiasi gelombang. Gelombang radiasi elektromagnetik ataupun gelombang makanikal. Pada awalnya radialogi lebih berbentuk sinar-x atau X-Ray namun kemajuan teknologi telah mencapai tahap Ultrasoniz dan MRI(magnetic resonance Imaging) iaitu gelombang sangat tinggi untuk tisu-tisu yang ada kesan kanser dalam badan pesakit kanser
4.Ultrasonografi
Ultrasonofrafi menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan sifat ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir.
5. Biopsi
Biopsi adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel tisu payudara diambil dan diperiksa menggunakan mikroskop. Terdapat dua jenis biopsi:
1. Biopsi Aspirasi - menggunakan jarum untuk mengambil sebahagian kecil tisu daripoada ketumbuhan di payudara.
2. Biopsi Pembedahan - Di mana ketumbuhan atau kawasan yang disyaki dipotong dan dikeluarkan untuk diperiksan melalui microskop.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan