say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Khamis, 18 Mac 2010

Hari Ke-6

Salam & selamat sejahtera,

Sungguh cepat masa berlalu... Sudah 6 hari Mak usu meninggalkan kami sekeluarga. Terasa baru semalam kami bergurau senda. Baru semalam kami ketawa. Baru semalam kami bergembira... Aku terasa rindu. Rindu yang menusuk kalbu..

Tetapi aku harus sedar, yang pergi biarkan pergi. Yang tinggal mesti meneruskan hidup seperti biasa. Aku redha, Mak Usu pergi setelah 2 tahun memerangi kanser. Terhapuslah penderitaan yang di tanggung semasa hayatnya...

Sesungguhnya semua benda hidup di dunia ini pasti akan mati. ALLAH SWT lebih menyayanginya. ALLAH SWT Maha ESA, Berkuasa. ALLAHUAKBAR!! Kita hanya mampu merancang, ALLAH SWT juga yang menentukan..

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong di dalam golongan org yang beriman. AMIN.
AL-FATIHAH...

4 ulasan:

  1. Al-Fatihah. terima kasih si tedi :)

    BalasPadam
  2. salam takziah.. harap kamu sekeluarga tabah n sabar.. sesungguhnyer sume yang hidup akan kembali ke sisiNya..

    BalasPadam
  3. slacker: terima kasih :) yup itu bnr..

    BalasPadam