say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Selasa, 30 Mac 2010

Nuffnang I LOVE U~~

Salam & selamat sejahtera,

Lama dh aku x bukak nuffnang punya website. x la lama sgt just 2 3 hari mcm tu tdi aku check apa dah jd ngn nuffnangku. heheheh Alhamdulillah. aku join nuffnang 10 March 2010 dan aku dah dapat banyak ni



Ok ke kawan-kawan? Terima kasih ALLA SWT. Terima kasih my sponser nuffnang. Terima kasih gak buat Project ALPHA dan terima kasih kawan-kawan bloggerku :)

Isnin, 29 Mac 2010

Bhar Te Cool

Salam & selamat sejahtera,

Buzy dlm seminggu 2 ni. Sabtu lepas ada majlis sikit kat umah aku..
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah syukur. Walaupun camera x seberapa elok outputnya tp maseh dpt d kongsi bersama :)


Happy. Hari indah dalam hidupku..





Semoga perhubungan dan ikatan ini kekal hingga ke jinjang pelamin dan sampai akhir hayatku hendaNYA. AMIN AMIN AMIN.

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

Salam & Selamat sejahtera,

Mahu menjadi terkenal? Korang mempunyai bakat menyanyi? berlakon? atau apa sahaja yang menarik? Mudah sahaja, korang hanya perlu mengikuti Project ALPHA dengan menghantar video yang paling menarik dan kreatif korang.

Tahu tak apa itu Project ALPHA? Project ALPHA adalah salah satu program realiti pada masa kini. Program realiti online nombor 1 di Malaysia. Project ALPHA menceritakan dan memaparkan mengenai blogger-blogger yang terkenal di Malaysia. MALAYSIA BOLEH!! MALAYSIA BOLEH!!

Kini Project ALPHA Season 3 telah bermula. Korang mahu tersenarai di antara mereka? Hantarkan video korang tu.

Video yang kreatif korang itu hendak di antara 60 saat ataupun kurang dari 60 saat. Cayalah. Semestinya korang boleh buat.


Klik kat website yang saya sertakan dibawah ini untuk menyertainya. Hadiah? Sudah tentunya hadiahnya lumayan di samping tersiar di dalam program realiti TV.

Hadiah Pertama:
1. 3 hari 2 malam di 360Kuching Hotel, Kuching (Deluxe Room) untuk 2 orang.
2. P1 Wiggy Prepaid bernilai RM199
3. Hamper ADIDAS ACTION 3 bernilai RM100

Hadiah tempat kedua & ketiga:
1. Hamper ADIDAS ACTION 3 bernilai RM100
2. P1 WiggyPrepaid bernilai RM199.

Jangan lupa hantarkan video anda secepat mungkin. 1st come 1st serve :) Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

Korang juga leh jumpa artis terkenal aka blogger terkenal seperti Azwan Ali (Amboi.. Amboi..Amboi..)

Selamat Mencuba :)

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Jumaat, 26 Mac 2010

Alhamdulillah terima kasih Project Alpha

Salam & selamat sejahtera,

Setelah 3 hari menyepi aku kini kembali. Aku kembali utk membuat blogwalking dan mengupdatekan postku. hehehehe.

Alhamdulillah pagi ini aku pergi check kat facebook, Project Alpha bgtau kptsn utk week 3 dah kluar. Aku apa lagi terus bukak acc NUFFNANGku.

Dan aku lihat ini :)



Alhamdulillah syukur. Syukur sgt2. Aku benar-benar happy. Percubaan kali pertama aku berjaya. Belum sampai 1 bulan aku join NUFFNANG aku dah dapat sebanyak ni



Aku hanya mahu mengkongsikan kegembiraanku ini. Alhamdulillah terima kasih PROJECT ALPHA. Terima Kasih NUFFNANG.

Terima Kasih kawan2..

Isnin, 22 Mac 2010

Kenapa Dengan Diriku?

Salam & selamat sejahtera,

Aku benar-benar benci bila perassan begini hadir di dalam diriku. Aku kesejukkan. Nadiku semakin laju dan laju. Aku rasa tidak menentu. Serba tak kena.

Apa yang pasti, aku x mau berjumpa dengan sesiapa. Sampaikan nak makan pun aku x mau. Aku pun tidak ada selera nak menjamu selera walaupun kali terakhir aku makan hanya lah pada malam semalam.

Aku rasa mau memarahi sesiapa sahaja. Aku rasa mau menangis sepuas-puas hatiku. Aku mahu bersendirian. Aku tak mau gangguan dari sesiapa. Aku xmau. Aku buat bermacam-macam kerja di dalam bilik untuk membuzy kan diriku supaya tidak terasa seperti itu. Tetapi, ia tidak berjaya. Aku malah semakin rasa untuk menjerit sekuat hatiku..

Walaupun aku tau orang-orang yang aku sayang benar-benar mengambil berat tentang diriku. Tetapi aku xmau berjumpa dengan mereka. Apatah lagi mahu membalas msg ataupun panggilan. Aku rasa feed up. Aku rasa arkhhhh aku pun tak mengerti.

Aku akan kembali bila aku terasa ok. Aku bukan perlukan simpati. Aku hanya mahu diriku di fahami. Bukan mauku utk jadi begini.

Biarlah aku sendiri.

No Sweat

Salam & selamat sejahtera,

Ini adalah percubaan aku untuk kali yang ke dua for Instant Cash Blogging by PROJECT ALPHA. Just try my best. Walaupun aku tahu aku x seberapa dalam hal-hal macam ni.

1st of all, aku nak kenalkan apa dia Project Alpha. Project Alpha adalah salah satu program realiti pada masa kini. Bukan program realiti menyanyi seperti Akademi Fantasia atau pun Jangan Lupa Lirik, tetapi, Project Alpha satu-satunya program realiti tv yang menyiarkan tentang top blogger di Malaysia.

Sekarang ni dah nak masuk Season 3. Season 2 akan di siarkan di tv pada 19 April 2010 nanti.

Mesti korang tertanya-tanya bagaimana nak join realiti tv ni? Haaaa. Korang nak join Season 3?

Mari-mari aku bagitau. Korang hanya perlu buat ataupun siapkan satu video mengikut kreativiti korang sendiri mengenai kenapa korang patut muncul dalam Project Alpha? Tetapi korang mesti ingat, satu video mestilah antara 60 saat ataupun kurang daripada 60 saat.

Korang jangan lupa 1 perkara. Sebelum korang nak buat video korang yang kreatif tu korang jangan lupa untuk menggunakan deodoran Adidas Action 3. Mana tau korang mempunyai masalah ketiak basah dan asyik buzy nak buat video sampai tak perasan pulak bau badan naik. Almaklumlakan berpeluh :) Saham tinggi melambung pun boleh jatuh :) hehehhe


Adidas Action 3 memang terbaik untuk sesiapa yang memang aktif. Ermm yang tak aktif pun boleh menggunakannya. Baunya pun sedap dan tahan untuk 24 jam. Kalau tak percaya, trylah sekarang. Dapatkan Adidis Action 3 di kedai berhampiran dengan anda.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidasa Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Menjaringkan Ikan :)

Salam & selamat sejahtera,

Semalam ayah aku pergi kelaut untuk menangkap ikan. Menangkap ikan adalah di antara hobi ayahku di masa lapang. Alhamdulillah byk dpt ikan dan udang. Ikan aku x sempat nak snap. Lau udang aku sempat snap sebelum di masak :)

Ini dia..


Sedap.. manis sungguh :)

Kanak-kanak terlebeh riang :)

Salam dan selamat sejahtera,

Pada mula nya abgku hanya menjadi pemerhati,

apabila melihat mereka ini begini,

akhirnya, tada... hahahahah
dia menjadi ketua :)

.............................
Selamat Malam

Proud 2 be Indian Muslim

Salam & selamat sejahtera,

Kali ini aku ingin menjerit sekuat-kuat hatiku. Dunia, dengarkanlah jeritanku ini..
"Proud to be Indian Muslim!".

Walaupun kat dalam kad pengenalan aku adalah Melayu tapi sebenarnya aku Indian Muslim. :)
Indian Muslim from Singapore (My Grandfather) and I'm SARAWAKIAN :)

Ini my grandfather :) love u nek ki..

My Father & I

Cinta & saya :)

bersama kazen :)







Indian Muslim generation :)

Ahad, 21 Mac 2010

Adik yang nakal

Salam & selamat sejahtera,

Masa aku balik kampung ibu 2 hari yang lepas, aku gelak terguling-guling bila kazen aku yang kecik tu menconteng dahi abangnya dengan whiteboard marker. Memang lucu gilerr. Aku x sangka plak si adik yang kecik tu brani nak wat abg dia mcm ni.


Tengok la kat dahi :p

Hahahah. kasihan si abang yang kepenatan baru balik dr sekolah. Orang lain cuti dia ke sekolah. Balik-balik terus je tidur depan tv. Inilah akibatnya tidur yang x sedarkan diri :) hahahaha

Ayuh sama-sama kita TAUBAT

Sabtu, 20 Mac 2010

Esok balik Kuching

Salam & selamat sejahtera,

Maaf la dalam 2 hari ni x dpt nak update slalu blog ni. Bz ckit. Tp ninie sempat buat blogwalking la utk kawan-kawan blogger yang SPorting :) Terima kasih kawan-kawan. Nanti datang lagi tau :)

Sebenarnya dh kluar topik. hahahha. Ninie balik umah esok. X jd plak bermalam 2 malam kat kpg ibu. Esok petang dah bertolak balik Kuching da. Uhauha malam la ninie dpt buat blogwalking n update blog lagi.

Tp walauapapun, kawan-kawan mst slalu lawat tau :) hehehe i'll lawat u too but pastikan tggl jejak ok? Alright? Mata pun sudah kuyu..

Selamat Malam semua.....Semoga lena kawan-kawanku di ulit mimpi yang indah. AMIN. AMIN

Jumaat, 19 Mac 2010

Alhamdulillah dapat on9 :)

Salam & selamat sejahtera,

Kawan-kawan, ninie kembali. Chak! hehehe. Ada connection la :) heheheh xada la. Pakai broadband auntie. Yeayyy dpt la kita bersama semula..

Mari-mari ninie nak buat blogwalking.. :)

Berita yang tidak di duga

Salam & selamat sejahtera,

Kedengaran nokia tone nyaring datangnya dr dalam bilik ibuku. Ada panggilan kataku di dalam hati. Ahhh biarkan sahaja, ibuku ada di dalam, pasti ayahku yang menelifon.

Aku terus masuk ke dalam bilikku untuk continue buat entry Kamera Lomo. Ibuku mengetuk pintu bilikku sambil menangis. Aku tanpa membuang masa bangun dan terus mendapatkan ibuku.

Aku : "kenak mak? pahal kitak nangis?
(kenapa bu, apahal ibu menangis?)"

Ibu : "nenek eksiden deq. Nya eksiden dalam perjalanan nak pergi sembahyang jemat. Kenak langgar miak k motosikal."
(datuk kemalangan deq. Dia kemalangan semasa dalam perjalanan nak pergi sembahyang jumaat. Kena langgar budak pakai motosikal."

Aku hanya mampu menenangkan ibuku. Selepas tu ibu suruh aku dan abg kemaskan pakaian coz ktaorg kna balik kampung petang itu juga.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke kampung ibu dalam pukul 9 malam. memang penat duduk lama. Tapi xapakn.

Datuk dah ada kat umah tapi masih x leh nak berjln. Akibat daripada kemalangan tu, datuk aku kena jahit 20 jahitan d buku lali. Boleh tahan la jugak luka kat kaki dia. Nasib baik tak kena kat kaki kanan. Kalau kena kat kaki tangan mesti kena operation.

Kaki kanannya dah 7 tahun dah berbesi. I mean dlm kakinya di letakkn besiselepas kemalangan 7 tahun dulu yang meragut nyawa nenek dan kazenku. Syukur datuk x ada apa-apa. Budak yang langgar datuk tu luka sikit je.

Sekarang datuk di bawa tinggal bersama-sama dengan kami. Ini dia gambar basikal yang di gunakan datuk semasa kemalangan. [betul ke ayat?] heheheh redah je.



Kamera LOMO

Salam & selamat tengahari,

Ninie nak kongsi dengan korang kamera-kamera Lomo. Kepada yang berminat dengan Lomografi dan ingin memiliki salah satu drpdnya, sila pergi ke blog LOMOHUNTER untuk maklumat lanjut :)

Untuk orang Kuching, Sarawak, Pameran Lomo akan di adakan di Kuching Waterfront pada 27 March 2010 pada pukul 2.oo pm until 10.oo pm :) dan untuk info lebih tepat lagi, sila-sila ke blog LOMOHUNTER.

Tengok-tengok je. Hayati, Salam....

****Ini bukan mainan ye kwn-kwn. Ini betul-betul ok!


















Terima kasih Sahabat BloggerKu :)



Salam & selamat sejahtera,

Aku hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat blogger yang selalu melawat. Klik nuffnang dan menaikkan traffic blog ku yang masih ku rasa newbie lagi bersama kawan-kawan dan bersama NUFFNANG... Jum tgk aku punya traffic start aku join NUFFNANG until semalam :)



Traffic blog aku semakin meningkat alhamdulillah. Terima kasih ye sahabay-sahabatku. Akan ku balas jasa baik korang dgn membalas lawatan sekerap yang aku mampu. Tolong menolong amalan mulia :)

Going to UiTM

Salam & selamat sejahtera,

Aku hari ni nak pergi UiTM. Ambik surat tangguh sem aku yang dah keluar n pergi hantar kunci hostelku :) .

Aku ada banyak lagi post nak d update lepas ni. I mean balik dr UiTM. LOMO and my hobby :) hehhehe. i'll be back as soon as possible :)

kepada kawan2 blogger yang ada tinggalkan jejak tu, maaf yer. nanti ninie lawat blog korang balik :) Hari ni bz skit :) Thanks ya coz melawat blog aku yang baru ku aktifkan beberapa hari yang lepas bersama NUFFNANG :)

Harap2 dapat bg buah tgn utk korang sume :) heheheh fhm2 je la :)
................................


Khamis, 18 Mac 2010

Aku bukan marah, tetapi aku kecewa

Salam & selamat sejahtera,


Apabila aku membaca yang di atas, aku bukan marah, tetapi aku kecewa. Siapa aku untuk memarahi org? Aku hanya mampu membaca dan meluahkan di sini....

"perempuan sarawak ni memang gatal burit kot.."

"..tp perempuan sarawak kebanyakkannya slut and bitch. dh la kampung. hutan plak tu. benci ak."

Tanggapan terhadap perempuan Sarawak sungguh membuatkan aku benar-benar kecewa. Hatiku luluh bila membacanya. Luluh seluluh-luluhnya.

Hina sangat ke kami ni sebagai perempuan sarawak?? hina sangat ke kawan-kawan??

Walauapapun, aku tetap terasa. Aku pun perempuan berasal dari Sarawak juga. Tempiasnya turut terasa. CUBIT KAKI KIRI, KAKI KANAN TERASA JUGA. Aku tahu aku bukannya budak yang bagus untuk menegur, aku juga pernah membuat salah. Aku juga manusia biasa.

Bagiku, kalau nak post something or comment something tu berpada-padalah. Jangan nak fikir suka sendiri je. Sensitiviti org pun kita kena ingat juga. Ini melibatkan KENEGERIAN. Aku ingatkan benda-benda ni semua dah tak ada dah sekarang.. :(

Bak kata pepatah, JANGAN KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA.

Aku bukan nak mengaibkan atau apapun. Aku cuma terkilan. Aku kongsikan bersama. Meluahkan apa yang ada di minda. Luahan rasa, jheritan jiwa.

Maaf ya kawan-kawan jika aku salah. Tegurlah aku. Aku masih mentah. Perlukan teguran.

Sesungguhnya yg baik itu semuanya dtg dr ALLAH SWT dan yang buruknya datang dr aku sendiri.

Facebook owh Facebook


Salam & selamat sejahtera,


Aku pasti hampir kesemua blogger ada Facebookkan??? Haaaaa. Jangan lupa add ninie ok?? Bukan nak promote tapi nak menambahkan rakan2 taulan. :)

1. Pergi search,
2. Pas tu taip nama Ninie Khalic Rabudin
3. Tekan add as friend
4. DONE..

Bak kata pepatah BERKAWAN BIARLAH BERIBU.. BERKASIH BIARLAH SATU..

Terima Kasih Kawan-kawan :)

Hari Ke-6

Salam & selamat sejahtera,

Sungguh cepat masa berlalu... Sudah 6 hari Mak usu meninggalkan kami sekeluarga. Terasa baru semalam kami bergurau senda. Baru semalam kami ketawa. Baru semalam kami bergembira... Aku terasa rindu. Rindu yang menusuk kalbu..

Tetapi aku harus sedar, yang pergi biarkan pergi. Yang tinggal mesti meneruskan hidup seperti biasa. Aku redha, Mak Usu pergi setelah 2 tahun memerangi kanser. Terhapuslah penderitaan yang di tanggung semasa hayatnya...

Sesungguhnya semua benda hidup di dunia ini pasti akan mati. ALLAH SWT lebih menyayanginya. ALLAH SWT Maha ESA, Berkuasa. ALLAHUAKBAR!! Kita hanya mampu merancang, ALLAH SWT juga yang menentukan..

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong di dalam golongan org yang beriman. AMIN.
AL-FATIHAH...

Rabu, 17 Mac 2010

Belum sampai seminggu join NUFFNANG, dah dapat RM

Salam & selamat sejahtera,

Aku kongsi tentang pendapatan dari Nuffnang. Aku join Nuffnang 10 March 2010 kalau x silap aku la. 14 March aku dah dpt hasil. Walaupun sikit, ia cukup mengembirakan hatiku. Siapa nak bagi mcm tu jekan??


Haaaa. Tu la pasal happy semacam. Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih Nuffnang.. Terima kasih kawan-kawanku sekalian. Bantulah saya. Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan :)

Teruskan bersama saya. Bantulah saya supaya blog ini masih dapat bernafas... :)

Ermm buffered earning tu apa ea?? Sesiapa yang tahu boleh la tolong terangkan dengan saya :)

Letakkan saya di dlm list anda

Salam & selamat sejahtera,

Kawan-kawan blogger sekalian, sila tinggalkan jejak kamu dan add saya di dlm list kamu. Saya akan menge'add' kamu di dalam blog list saya juga :) Juga menjadi my followers :)

Selalu-selalulah menjejakkan kaki keblog saya, dan saya akan membalas jasa baik tuan-tuan dan puan-puan semua :) dengan menjejakkan kaki ke blog kamu juga.

Jangan lupa KLIK KLIK KLIK ok??

Kerjasama daripada kamu semua amatlah saya hargai

............................................

Hatiku Manyak Senang

Salam & selamat sejahtera,

Hari ni, my darling balik. Yeayy. Sangat merinduinya. Sebulan lebih x jumpa. memang exited sangat perasaan aku pada hari ini. Tapi esok baru leh jumpa dia la. Mammy aku x bagi kluar malam..

Ala xape kan esok pun esok la apa yang PENTING?? Jumpa.. hahahha. Kitaorang pun nak g survey-survey barang untuk hantaran pada majlis pertunangan kami nanti :)

Doakan kebahagian kami ya kawan-kawan.. Oleh kerana hati manyak senang, saya akan membuat blogwalking ke blog-blog anda yang meninggalkan jejak di blog saya sambil menghadiahkan buah tangan saya iaitu KLIK KLIK KLIK.. kalau ada... hehehee ;p

...........................

OST God/Master Of Study Download

Salam & selamat sejahtera,


Aku penah menceritakan tentang drama korea yang sedang aku tonton pada post yang lepas. Jika belum membaca, sila klik.

Memang bagi aku tak rugi kalau tonton drama ni. Disamping itu, drama ini juga secara tidak lansung berkongsi dengan penonton cara-cara untuk belajar. Bagi mereka[dlm cite ni], jangan anggap belajar itu sebagai belajar ataupun tekanan. Tukar mind set. Belajar seperti main game. Enjoy..

Study - No Pressure..

Haaaa.. X syokk la aku cite kat sini. baik korang tengok sendiri baru ada feel..

Tapi kali ini aku nak kongsikan lagu-lagu OST God/Master of Study.
Sesiapa yang berminat sila lah klik ke blog bawah ni. Blog ini masih dalam membikinan TETAPI masih boleh DOWNLOAD..

Tidal Bore a.k.a 'BENAK'


Salam & selamat sejahtera,


Di dalam kamus dewan, benak membawa maksud otak ~ otak (isi kepala) ataupun merujuk kepada seseorang yang bengap ataupun dungu.

Berlainan pula dengan masyarakat Sarawak, ‘benak’ merujuk kepada fenomena ‘ombak sungai’ (tidal bore) di mana air pasang dari laut ‘pecah’ apabila bertembung dengan pulau dan membentuk ombak yang menghala ke arah sungai dan berlaku 2 kali sehari. Pesta Benak telah dikomersialkan dan diraikan pada tiap tiap tahun di sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman.


Jadi, Pesta Benak bukan dikomersialkan untuk meraikan org-org bengap atau dunggu OK?? [HARAP MAKLUM YERR!!!]

Aku penah juga pergi ke Pesta Benak tetapi kami tidak sempat untuk mengambil gambar. Selain Sri Aman, Simunjan juga ada mempunyai benak walaupun ianya tidak sehebat di Sri Aman. Gambar di atas merupakan benak yang di ambil di Sungai Batang Sadong, Simunjan, Sarawak.

Selasa, 16 Mac 2010

Kampung Ibuku

Salam & selamat sejahtera,


Aku nak cerita sikit pasal kampung ibuku. Ibuku berasal dari Simunjan, Sarawak. Desa yang kecil penuh kedamaian. Aku sekeluarga boleh dikatakan selalu gak la balik Simunjan. Apa yang pasti menjelang raya ataupun cuti, aku dan keluarga mesti akan balik ke kampung ibuku :) Berjumpa dengan sanak-saudara..

Terdapat dua jalan yang dapat menghubungkan Bandaraya Kuching dengan Simunjan.
1) Menggunakan jalan darat
2) menggunakan jalan laut

Jika menggunakan jalan darat, anda di jangka akan sampai 2 jam 45 minit melalui jalan Kuching - Serian.

Jika menggunakan jalan laut, anda di jangka akan sampai 1 jam 45 minit ataupun 2 jam dengan menggunakan feri di Sungai Buluh.

Simunjan hanya sebuah perkampungan yang kecil yang di selenggarakan oleh Majlis Daerah Simunjan. Walaupun kecil, suasana kampungnya yang aman damai, indah dan tenang membuatkan anda rasa selesa.

Menyemberangi Sungai Batang Sadong menggunakan feri :)

Salah satu surau yang terdapat di salah sebuah kampung di Simunjan [Surau Kampung Nanas]

Balai Bomba & Penyelamat

Burung yang menjadi Tugu di tengah-tengah pasar Simunjan

Perpustakaan Awam Simunjan

Satu-satunya bank yang terdapat di Simunjan

Ini adalah benak. Di Simunjan juga mempunyai benak walaupun tidak sehebat benak di Sri Aman, Sarawak.

Padi adalah tanaman utama penduduk Simunjan

Keluargaku bersama kehijauan alam

Dedaun menyambut kedatangan kami.