say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Khamis, 30 Disember 2010

Taniah Pasukan Malaysia!! Malaysia BOLEH!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


[semua gambar diambil oleh ninie sendiri dihdpn tv.. maaf kurang jelas]

Pertama sekali syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan izinNya pasukan kita, Malaysia mampu bergerak sejauh ini.. Walaupun padamulanya permainan pasukan kita nampak lemah tetapi itu bukan bereti akan kalah..




Taniah Malaysia!! Taniah.. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia..


Taniah buat Mohammad Safee bin Mohd Sali iaitu penjaring terbanyak pada AFF Suzuki 2010..


Terima kasih dan jutaan taniah juga buat penjaga gol kita yang terbaik dihati ninie, Khairul Fahmi Che Mat.. Bermacam-macam halangan dan dugaan yang diberi pihak lawan dihadapi dengan tenang dan sabar.. Lolosnya 2 gol dari pasukan Indonesia bukan bereti dia tidak mampu tetapi dia sudah mempamerkan pretasi terbaik.. Kamu terbaik FAHMI!!



Selain itu, Taniah juga buat Jurulatih pasukan kita, K Rajagobal.. Usaha gigih kamu membuahkan hasil.. Pasukan yang di bawanya kini mengharumkan nama negara kita Malaysia di mata Asia Tengara..



Taniah Taniah Taniah... Pasukan Malaysia TERBAIK!! Terima Kasih juga buat Perdana Menteri kita kerana mengistiharkan Jumaat sebagai cuti umum sempena meraikan kemenangan skuad kita.. Selamat bercuti :)


Kepada pasukan Garuda iaitu skuad Indonesia kalah dan menang adat permainan.. Semoga berjumpa lagi di lain perlawanan.. :) Muka pemain yg kecewa setelah perlawanan tamat




Ini pula di antara wajah penyokong skud Indonesia yang tewas selepas perlawanan. Terkejut dan sedih jelas terpapar di wajah beliau..


1 ulasan: