say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Rabu, 29 Disember 2010

Penyanyi Dangdut Balas Dendam Pancaran Laser di Bukit Jalil...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Merujuk kepada tajuk di atas, semalam sebenarnya ninie nak update tetapi atas kerana hujan yg terlampau lebat hingga kemalam membuatkan kelembaban internet yg melampau..



Coli Julia Perez menanti Malaysia

Itulah tajuk yg sederhana besar di muka depan surat khabar HarianMetro yang saya baca semalam.. Kata Julia pemain Malaysia akan 'diajar' melalui cahaya laser, tetapi ia lebih unik kerana dipancarkan dari coli khasnya.

"Saya akan turun padang menyaksikan perlawanan pusingan kedua Indonesia menentang Malaysia di Stadium Bung Karni di Jakarta. Kali ini saya akan pakai coli dilengkapi cahaya laser - biar buta mata semua pemain Malaysia."

Kata Julia lagi "Saya tak rela pasukan Indonesia diperlakukan begitu oleh penyokong Malaysia di Kuala Lumpur".

Dalam perlawanan 26 December 2010 iaitu final pertama di Stadium Bukit Jalil, pancaran laser menjadi isu besar sehinggakan menimbulkan kemarahan banyak pihak terutamanya menyokong Indonesia.. Bagi mereka pancaran laser yang dihalakan kepada penjaga gol pasukan mereka menjadi punca mereka tewas teruk. 

Persoalannya, adakah pancaran leser itu dilakukan oleh penyokong Malaysia sendiri atau pun penyokong Indonesia?? Apa yg pasti, tiada siapa yang mengetahuinya..

Walaupun kelihatan seperti bergurau, penyanyi dangdut dan aktress simbil seks itu sebenarnya serius dengan janjinya.

"Memang saya akan datang bersama coli laer, kecuali ada arahan dikeluarkan melarangnya," ujar Julia lagi..

****p/s: apa pendapat semua penyokong Malaysia?? Semoga perlawanan penentu pada malam ini akan melakar sejarah 2010.. Jangan lupa menyaksikan perlawanan pada malam ini ya.. Malaysia BOLEH!!

Rumusan dibuat olehku.. Sumber di dapati dari Harian Metro Edisi Sabah/Sarawak..

2 ulasan:

  1. takpa meh pakat pakat kita tengok pakai ler cermin mata gelap leh nampa pa eheh....

    BalasPadam
  2. hello there,
    we are from the 7th, would like to personally invite you to join our contest.we need another 20 more contestant and we going to increase the prize, have a look dear!

    Happy muffins all! ;D

    With love,
    www.t7th.blogspot.com
    -The 7th-

    BalasPadam