Assalamualaikum & selamat sejahtera..
Wahhh semakin bahaya.. Tengah driving otw balik ke rumah from my fiancee house tiba2 tgk kereta kat depan pandai banyak.. Ninie xtau yg mana satu kreta kat depan? adoiii.. nasib baiklah bus stop dekat..
Mata memang dah xleh blah dah.. Ninie memutuskan untuk behenti berehat sebentar d bus stop hilangkan pening bawak tidur.. arkhhh.. tanpa d duga kaki tangan ku semakin sejuk.. degupan jantungku kencang..
bila semuanya sekali muncul aku tahu, aku akan pengsan.. nasibku baik kerana aku sempat sms tunanganku memberitahu keadaanku sebelum aku x nampak apa2 terus kat depan..
Aku terlena kat dlm kereta pas tu entah pukul berapa tunangku sampai dan pindahkan aku ke dlm keretanya.. Dia pergi hantar kereta yg d panduku ke petronas berdekatan dan entah aku pun tak berapa pasti bila dia kembali kepadaku dan membawa ku pulang ke rumah..
Aku tak mampu membukakan mata.. Sungguh aku rasa duniaku berpusing.. Aku masih lagi sedar bila dia membangunkan aku mengatakan sudah smpai di hadapan rumah..
Bila dia cuba membantu aku untuk bangun.. Aku rasakan degupan jantungku semakin laju laju dan laju serta tangan dan kaki ku sejuk seperti ais.. akhirnya aku terkulai entah sedar2 je dah ada kat dalam bilik..
Ada ibuku dan yg lain2.. Terima kasih ALLAH.. terima kasih cinta... Terima kasih mak.. terima kasih semua..
Semoga dipermudahkan segala urusan kalian di dunia dan akhirat.. AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan