Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Pada kali ini, ninie nak berkongsi serba sedikit info mengenai Penyakit Mental.. Info ini ninie dpt di Klinik Pakar Psikiatri, Hospital Umum Sarawak..
Apa Itu Penyakit Mental??
Penyakit mental adalah istilah umum yang merujuk kepada sekumpulan penyakit-penyakit mental. Seseorg yg mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya. Penyakit mental boleh berbeza dari segi tahap keterukannya, jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian.
Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan penghidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas diberi rawatan.
Akibat dari salah faham mengenai penyakit mental, pesakit dan keluarga mereka kadang-kadang dicemuh dan disisih dalam masyarakat.
Pada umumnya penyakit mental dapat dibahagikan kepada dua kumpulan:
1. Penyakit-penyakit psikosis
Pada tahap teruk, seseorg yg mengalami penyakit mental psokosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorg memahami pemikiran dan perasaannya serta ransangan dr luar terganggu di tahap teruk ini.
Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan org normal. Apa yg mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yg bnr tetapi tidak dialami oleh org di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas apa yg dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan "luar biasa".
Org-org yg tidak biasa dengan tingahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yg menakutkan.
Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat. Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yg berkesan, kebanyakan mereka dpt menjalani kehidupan yg produktif dan bermakna.
Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.
2. Penyakit-penyakit bukan-psikosis (Neurosis)
Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorg dlm menjalani aktiviti harian, hubungan dgn org lain dan keupayaan seseorg utk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bikan psikosis (neurosis).
Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yg tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif.
Rawatan Utama Penyakit Mental
Seperti penyakit fizikal, pesakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorg mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dlm menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat.
Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada seseorg bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu.
Rawatan-rawatan utama yang selalu digunakan:
1. Psikoterapi dan kaunseling
Kaunseling blh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dgn lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorg itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu.
2. Rawatan Psikotropik
Tersapat berbagai jenis ubat-ubatan yg dikelaskan sebagai ubat psikotropik yg digubakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik blh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dpt mengendalikan gejala-gejala penyakitnya dgn lebih baik.
Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yg agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dr pengamal perubatan yg sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yg panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis.
3. Rawatan Tingkahlaku
Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini.
4. Rawatan Elektrokonvulsif
Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorg. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yg serius. Sebelum rawatan diberikan seseorg itu akan diberi bius.
"Utamakan Kesihatan" pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
tq atas maklumat yg diberiakn
BalasPadam