say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Isnin, 27 Disember 2010

Go Malaysia!! Go Malaysia!! Go Malaysia!!

Assalamualaikum & selamat sejahtera,



Pertama sekali ninie nak mengucapkan taniah buat perjuang bola sepak negara kita atas kejayaan mereka menentang Indonesia malam semalam. Seperti anda semua sedia maklum, pasukan kita menang 3 berbalas kosong.. Final pertama berakhir dengan kejayaan Malaysia..

Gambar d ambik dr SINI

2 daripada jaringannya di jaringkan oleh Mohd Safee Mohd Sali.. Mari kita berkenalan sedikit mengenai latar belakangnya.. hehehehe

Nama: Mohd Safee bin Mohd Sali
Tarikh Lahir: 29 Januari 1984
Tempat Lahir: Kajang, Selangor
Posisi: Striker
Pemain Negeri : Selangor
Pemegang Jersi Bernombor: 10
[sumber diperoleh dari SINI]

1 lagi gol di jaringkan oleh Mohd Ashaari Shamsuddin.. Mari kita lihat sedikit latar belakang tuan punya badan.
Nama: Mohd Ashaari Shamsuddin
Tarikh Lahir: 7 June 1985
Tempat Lahir: Bukit Payong, Marang, Terengganu
Posisi: Midfielder
Pemain Negeri: Terengganu
[sumber diperoleh dari SINI]

Malaysia membawa bekal cukup selesa ke Jakarta Rabu ini selepas berjaya menundukkan Indonesia 3-0 dalam final Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Safee Sali membuka tirai jaringan untuk skuad kebangsaan pada minit ke-60 sebelum Asaari Shamsudin menjaringkan gol kedua tujuh minit selepas itu. Safee meletakkan Malaysia berada dilaluan selesa dengan gol ke-4 peribadinya pada kejohanan kali ini sekali gus memberi kemenangan bermakna 3-0 kepada Malaysia.

Perlawanan kedua akan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia Rabu ini bagaimanapun isu berhubung stadium yang dirusuh oleh rakyat Indonesia bakal menyaksikan perlawanan diadakan di stadium lain sekiranya keadaan kritikal.

Skuad 'Harimau Malaya' ternyata gah untuk membaham skuad 'Garuda' dengan menguasai penuh perlawanan sambil mengamalkan disiplin pertahanan yang cukup tinggi. Bagaimanapun perlawanan terpaksa diberhentikan seketika selepas jurulatih Indonesia, Alfred Riedl cuba memperbesarkan isu laser.

Ketika permainan direhatkan, terdapat segelintir penyokong Indonesia melontar botol minuam ke dalam padang. Sementara itu, Jurulatih Malaysia, K Rajagobal amat berpuas hati dengan pencapaian anak didiknya.

"Pada separuh masa pertama pemain bermain dengan cara bertahan dan menukar taktik selepas rehat. Pada masa rehat saya beritahu pemain bahawa inilah sahaja peluang pemain untuk mendapat bekalan selesa ke Jakarta nanti," katanya.

"Saya berbangga dengan pencapaian malam ini walaupun perlawanan malam ini dicemari insiden yang kurang disenangi oleh para penyokong, namun pemain negara tidak hilang fokus."

Riedl pula menyifatkan peluang Indonesia untuk merangkul Piala AFF Suzuki buat pertama kali semakin pudar selepas perbezaan jaringan yang besar. "Gol pertama Malaysia memulakan segalanya apabila pasukan Indonesia mulai hilang fokus terhadap permainan. Saya rasa peluang agak tipis untuk menang di Jakarta, tapi kami perlu ambil pelbagai risiko dalam perancangan nanti," jelasnya.

Petikan diadaptasi dr SINI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan