say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Khamis, 6 Januari 2011

Hadiah Malam Tahun Baru Buat Dady..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Alhamdulillah ninie kembali setelah berehat kerana talian internet yang tidak dapat digunakan.. 

Rasanya belum terlambat ninie nak ceritakan detik-detik menunggu tahun baru.. Malam tahun 2011 tak mungkin ninie lupa.. :(

Malam 31 December 2010, ninie dan dua sepupu ninie pergi ke Choice Super Mall[CSM] untuk membeli barang dapur yang mak ninie nakkan.. Dipendekkan cerita, selepas balik dr CSM ninie singgah ke kedai india pula untuk membeli rokok dady..

Masa tu hujan renyai2.. Sebelum tu memang hujan lebat.. Jalan memang licin. Tanpa di sangka dan tanpa di duga, semuanya berlaku sekelip mata. ninie bagi signal belok ke kanan.. Memang mata ninie tak nampak pun motosikal mahupun kereta di hadapan.. Memang nampak clear di mata ninie la tetapi rupa2nya ada sebuah motosikal sedang di pandu laju..

Bruppp..... Hentakkan kuat pada sebelah kiri kereta yang ninie pandu.. Terkejut dan blurr.. Lepas tu kazen ninie bagitau, "ninie kau langgar org la", ninie terus keluar n tengok memang betul la, hancur depan motosikal budak tu, mata dia luka besar tangan seliuh.. 

Masa tu entah ninie tak rasa apa2.. Cuma blurr, panik ke? entah tp memang getar la kaki.. ninie terus call dady ninie.. Ninie suruh pergi tempat kejadian cepat2 kerana kwn budak laki tu memang banyak.. nampak macam gengter la.. dahla kitaorg semuanya perempuan..

Bukannya apa, takut kena tumbuk ramai2 je.. Mampus la.. Dady sampai x sampai 5 minit selepas menerima panggilan.. Dady yang settle kan semua dan ayah budak tu x nak bawak ke polis sebab anak dia xada lesen.. Baru 14 tahun.. Akhirnya dady memutuskan untuk membayar rawatan kepada budak tu n repair motosikal yg dia gunakan..

Gambar motosikal budaktu


Dady kata ikut je, dia keluarga gengster biar cepat settle cepat urusan semuanya.. biar xada dendam.. kalau berdendam habis lah.. Dady membaiki motosikal tu rm365..

Ni pulak kayte yg ninie pandu


I'm sory daddy.. Jika di beri pilihan, aku takkan memilih untuk kemalangan.. huhuhuhu.. Itulah hadiah tahun baru buat dady.. Maaf dady :'(


Terima Kasih dady.. I LOVE U~!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan