Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
[gambar hiasan]
PLAINFIELD (Illinois): Seorang guru pendidikan jasmani ditahan kerana  disyaki mengadakan hubungan seks dengan seorang pelajarnya, kata polis  semalam.
Sumber berkata, polis percaya guru wanita itu, Ashley Blumenshine,  menjalin hubungan melampau dengan remaja berusia 16 tahun sejak sebulan  lalu.
Kata sumber, Ashley, 27, ditahan di belakang sebuah pusat beli-belah sejurus selepas dia dilihat berada dalam kereta bersama remaja terbabit kira-kira jam 6.30 petang.
Ketika itu seorang daripada mereka dilihat dalam keadaan separuh bogel.
“Polis yakin Ashley baru saja selesai mengadakan hubungan seks apabila dia diberkas,” katanya.
Ashley mengajar tarian dan pendidikan fizikal di Sekolah Tinggi Plainfield North sejak empat tahun lalu dan memang popular di kalangan pelajarnya. - Agensi




ingatkn di malaysia
BalasPadamklu jd camni kt mlysia, tatau la.. huk3~ =.=
BalasPadameddy: bukan kat malaysia.. tp x mustahil kat malaysia pun ada jd gak tp x d hebohkan kot.. harap2 xla..
BalasPadamnusana nosa 91: betul tu~! -.-