say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Ahad, 9 Januari 2011

Amanah Hartanah Bumiputera [AHB]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Post kali ini nini nak cerita sikit mengenai Amanah Saham baru yang sering di iklankan di televisyen sekarang ini.. Apa yang pasti ianya baik untuk penyimpanan jangka panjang bagi kita..

Untuk maklumat pembaca dan sahabat, info ini ninie dapati dan taip semula dari kertas risalah yang ninie dapat semasa update buku Amanah Saham Berhad [ASB] minggu lepas.
Saja nak kongsi dengan korang semua...

Amanah saham ini hanya boleh kita dapati di Maybank sahaja.. Mari kita berkenalan apa itu AHB???

Maklumat Mengenai Dana:

Nama Dana : Amanah Hartanah Bumiputera
 
Surat Ikatan: Surat Ikatan Dana bertarikh 20.10.2010

Kategori dana: Aset2 bersandarkan hartanah

 
Jenis Dana: Pendapatan
 
Penasihat Utama: Maybank Investment Bank Berhad

Pengurus: Mayban Investment Management Sdn Bhd

Harga Awal: RM 1.00

Harga Setiap Unit: Harga unit ditetapkan pd RM1.00 setiap Unit

Objektif Pelaburan: Dana berusaha untuk memberi pelaburan yg menjana pendapatan yg berterusan dan konsisten di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit.

Strategi Pelaburan: Dana akn berusaha untuk mencapai objektif pelaburannya dgn melabur terutamanya dlm pemilikan benefisial hartanah di malaysia drpd penaja khususnya hartanah komersial termasuk dan tidak terhad kpd bangunan pejabat, kompleks beli belah, pusat2 komersial, kompleks logistik & perindustrian. Dana juga akn melabur dlm instrumen pasaran wang & instrumen setara yg mematuhi kehendak Syariah serta tunai untuk memenuhi keperluan mudah tunainya.

Saiz Dana Diluluskan: 1,000, 000, 000 unit
Tahun Kewangan Terakhir: 30 september

Kelayakan: 1. bumiputera malaysia: (a)akaun dewasa [18thn keatas] (b)akaun kanak2 atau remaja

Maklumat Urusniaga:

Pelaburan Awal Minimum:  500 unit

Pelaburan Maksimum: 200, 000 unit stiap pemegang unit dan pengurus mempunyai budi bicara utk mengubah had ke atas pelaburan oleh mana2 individu dlm tempoh tawaran awal atau mana2 tempoh lain ygh ditentukan oleh pengurus dan penaja


Pelaburan Tambahan Minimum: 100 unit
Syarat Baki Minimun: Pemegang2 unit diperlukan utk mengekalkan baki minimum sbyk 500 unit. sekiranya permintaan untuk membeli balik akan mengakibatkan baki pemegang unit kurang drpd 500 unit, pemgurus berhak utk membeli balik semua unit selebihnya dan menutup akaun pemegang2 unit.

Jualan Balik Unit Minimum: 500 unit

Kekerapan Belian Unit: 1 kali setiap bulan kalendar


Hak Bertenang: Tidak berkenaan. Walau bagaimanapun, tidak ada belian balik unit2 oleh pengurus drpd pemegang2 unit dlm tempoh tawaran awal.

Opsyen Pelaburan Semula Pengagihan: Apa2 pengagihan drpd dana akn dbyr sepenuhnya secara tunai kpd akaun bank poemegang2 unit. apa2 pelaburan semula adalah opsyen pemegang unit, tertahluk kpd unit2 sedia ada..


**sebelum ninie beredar, pihak Maybank memberitahu bahawa BELUM ada lagi LOAN ataupun PINJAMAN untuk AHB.. Semuanya tunai.. Untuk maklumat lanjut yg lebih tepat, sila rujuk di Maybank berhampiran dengan rumah anda.. Terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan