say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Khamis, 6 Januari 2011

Dewan Bandaraya Kuching Utara [DBKU]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


Hari ini ninie nak cerita sedikit mengenai Dewan Bandaraya Kuching Utara [DBKU]. Kalau korang nak tau ianya terletak 2km je dari rumah ninie..





Kuching telah dinaikkan status ke taraf Bandaraya tanggal 1 Ogos 1988 dan merupakan Bandaraya yang kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur ketika itu.


Memandangkan Bandaraya Kuching mempunyai keluasan yang agak besar berbanding dengan bandaraya lain di Malaysia, maka pentadbirannya dibahagikan kepada dua kuasa pentadbiran iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Kawasan Utara Bandaraya ditadbir oleh DBKU manakala kawasan Selatannya pula dibawah bidangkuasa MBKS.

Bermula dengan hanya 8 orang staf pada Ogos 1988 , DBKU kini mempunyai staf seramai 1007 orang yang terdiri 35 kumpulan Pengurusan & Professional, 696 kumpulan Sokongan dan 276 Bergaji hari.

Sistem pentadbiran pengurusan DBKU adalah berbeza berbanding dengan MBKS dan pihak berkuasa tempatan lain di Malaysia. DBKU dipimpin oleh seorang Datuk Bandar yang dilantik oleh TYT Yang Di Pertua Negeri dan beliau melapor terus kepada YAB Ketua Menteri Sarawak. Datuk Bandar DBKU yang pertama adalah Datu Dr. Yusoff Haji Hanifah (1988-1994) manakala Datuk Bandar yang kedua adalah Datu Haji Awang Ehsan Joini (1995-2000). Kemudian itu, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) diterajui oleh Datuk Bandarnya yang ketiga iaitu Tuan Haji Madehi Haji Kolek (2001-2004). Seterusnya Datuk Bandar Kuching Utara yang keempat ialah Datu Abdul Hamid b. Mohd Yusoff (2005-2007). Hari ini DBKU dipimpin pula oleh Datuk Bandarnya yang kelima iaitu YBhg. Tuan Haji Mohamad Atei b. Abang Medaan. Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar DBKU pada tanggal 27 Julai 2007.

YBhg. Datu Dr. Yusoff Hj. Hanifah - (1988-1994)
YBhg. Datu Haji Awang Ehsan Joini (1995-2000)
YBhg. Tuan Haji Madehi Haji Kolek (2001-2004)
YBhg. Datu Abdul Hamid b. Mohd Yusoff (2005 - 2007)
YBhg. Tuan Haji Mohamad Atei Abang Medaan (2007 - Kini)

DBKU sentiasa berusaha untuk menjadikan Bandaraya Kuching sebagai sebuah bandaraya yang pesat membangun, Indah, Teratur, Berbudaya, Sejahtera, Selamat serta boleh dibanggakan oleh wargakotanya. Sejajar dengan peranannya sebagai ibunegeri Sarawak sekaligus sebagai pintu masuk utama di Bumi Kenyalang, DBKU menjadikan aspek kebersihan dan keselesaan sebagai imej Bandaraya Kuching di mata pelawat asing.

Bandaraya Kuching mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Melanau dan banyak lagi. Berlatarbelakangkan budaya hidup yang pelbagai etnik dan unik ini, merupakan satu aset utama menjadi tarikan pelancong serta dengan kekayaan mukabuminya yang mempunyai tempat rekreasi semulajadi yang indah, menarik dan bersejarah.

Selain dibantu oleh Ahli Lembaga Penasihat, Datuk Bandar turut dibantu oleh seorang Pengarah dalam urusan pentadbiran harian. Manakala Pengarah pula dibantu oleh 4 orang Timbalan Pengarah yang tiap-tiap satunya mengetuai Jabatan masing-masing. Sebanyak 21 bahagian terdapat di DBKU yang mana dibahagi kepada 4 jabatan iaitu:
  • Jabatan Pengurusan Korporat
  • Jabatan Penurusan Kewangan
  • Jabatan Khidmat Kawal Selia & Perseketiran
  • Jabatan Perkhidmatan Teknikal
Gambar ditangkap disekitar DBKU










Tiada ulasan:

Catat Ulasan