Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Sekarang lagu nyanyian Maher Zain sering dimainkan di mana2 sahaja ninie berada. Baik kecil besar tua mahu pun muda, semua mengemari lagunya. Baru2 ini ninie membaca KOSMO! Artikal bawah adalah petikkan dr KOSMO! [klik utk merujuk]
FENOMENA penyanyi Maher Zain belum lagi berakhir apabila komposer dan  penyanyi kelahiran Lubnan ini sekali lagi berkunjung ke Malaysia bagi  mengadakan konsert solo yang pertama di sini. 
Inteam Records bersama Fiero Entertainment dan Awakening  Entertainment  bergabung tenaga untuk menyambung momentum ini dengan  mengadakan konsert solo Maher Zain Live In Concert 2011 yang akan  bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari ini.
Maher merupakan menjadi artis beragama Islam pertama mempunyai satu  juta pengikut di laman sosial Facebook dan 900,000 daripada jumlah itu  adalah pengikut dari Malaysia selepas pelancaran album pertamanya, Thank  You Allah. 
Mungkin kerana itu, penyanyi tinggi lampai ini agak kerap menerima  jemputan ke Malaysia. Pada tahun 2010 sahaja, Maher tampil dengan  mengadakan konsert mini dan amal di Shah Alam. 
Persoalan mengenai kekerapan berkunjung ke Malaysia dijawab dengan  mengatakan Malaysia merupakan rumah kedua bagi empunya diri dan isteri  tersayang. 
“Seperti yang pernah saya katakan, Malaysia ialah seperti rumah kedua saya selepas Sweden. 
“Saya juga selesa berada di sini memandangkan isteri saya memakai  hijab dan masyarakat di sini tiada masalah dengan perkara tersebut,”  bicaranya selepas beberapa kali diajukan soalan mengenai kunjungan di  Malaysia. 
Tambahnya lagi, perancangan bercuti bersama isteri di sini mungkin  akan dipertimbang kelak selain berkata dia amat menggemari hidangan  tempatan iaitu sate bersama kuah kacang. 
Selain itu juga, penerimaan dan sokongan rakyat Malaysia juga antara penyebab kesudiannya kembali ke Malaysia. 
Akuinya jujur, perasaan terharu dan bertuah terdetik di hati kerana  dijemput bagi mengadakan konsert sulung itu dan ia juga dianggap sebagai  satu penghormatan bagi dirinya. 
Berbicara mengenai konsert solo pertama yang akan diadakan di Stadium  Melawati, Shah Alam itu, berkemungkinan beliau akan menyampaikan  sebanyak 10 atau 11 buah lagu yang dipetik dari album Thank You Allah. 
Antara kejutan yang akan dilakukan nanti ialah, peminat di Malaysia  akan berpeluang menyaksikan secara eksklusif nyanyian lagu Insha Allah  di dalam bahasa kebangsaan. 
“Pada konsert solo saya nanti, saya akan menyampaikan lagu Insha  Allah di dalam bahasa Melayu. Ia khas bagi menghargai peminat Malaysia  yang selama ini banyak memberikan sokongan kepada saya,“ tuturnya yang  juga pernah menyampaikan lagu ini di dalam empat bahasa lain iaitu  Inggeris, Perancis, Arab dan Turki. 
Bagi peminat Malaysia yang ingin menyaksikan Maher Zain sekali lagi  di Malaysia, anda boleh dapatkan maklumat pembelian tiket di  www.inteam.com.my. 




Tiada ulasan:
Catat Ulasan