say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Rabu, 19 Januari 2011

Salam kerinduan Buat Semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Maaf kerana lama dah ninie x 'update' blog yg tercinta.. Ini adalah kerana ketiadaan connection di rumah tempat ninie tinggal.. kat umah je dpt nak 'update'..

Nanti ninie lawat korang lagi... jumpa lagi semua..

Jumaat, 14 Januari 2011

Arak dan Keburukannya


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Mari kita membaca satu artikal mengenai arak dan keburukannya. Semoga artikal ini dapat memberi ilmu kepada kita.. Sesungguhnya yg baik itu semuanya dtg dr ALLAH SWT dan yang buruk itu dtgnya dr ninie sendiri..
Selamat membaca semua :)
Artikel dari www.zaharuddin.net oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman:
ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA
notobeer
Sebelum saya menghuraikan ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.
Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-
* Hampir 45 – 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak).
* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.
* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak)
* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.
Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber )
Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.
Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk)
Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.
Secara purata rakyat Britain ‘menelan’ arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak’ sebelum ini.
Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB’ sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri’?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?.
Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dalam lain-lain negara aktif arak.

HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM
Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a..w
ما أسكر كثيره فقليله حرام
Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )
Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.
Firman Allah swt :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
“Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan” (Al-Baqarah : 219)
Lagi Allah menegaskan :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)
Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.
Kerana itu nabi menyebut :-
الخمر أم الخبائث
Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)
Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.
HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK
Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawabnya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-
1) Hadis Nabi :
إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم
Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)
2. Hadis Nabi :
أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين
Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1]
3. Hadis Nabi
كان يضرب في الخمر بالنعال والجريد أربعين
Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [2]
4. Hadis Nabi :-
أن النبي صلى الله عليه وسلم : جلد في الخمربالجريد والنعال , ثم جلد أبو بكر أربعين فلما كان عمر ودنا الناس من الريف والقرى , قال : ما ترون في جلد الخمر؟ فقال عبدالرحمن بن عوف : أرى أن نجعلها كأخف الحدود , فجلد عمر ثمانين
Ertinya : Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4]
5. Athar sahabat
قال علي : جلد رسول الله في الخمر أربعين , وأبو بكر أربعين , وعمر ثمانين , وكل سنة وهذا أحب إليّ
Ertinya : Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim )[5]
6. Hadis Nabi
Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6]
Jiak dikatakan, itu semua hadis, mana dalil al-Quran yang suruh, jawabnya adalah
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Ertinya : Kami turunkan kepadamu Al Qur’an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ( An-Nahl : 44)
Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.
PERBEZAAN TASFIRAN ULAMA
Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-
1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta’zir.
Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.
Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta’zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.
Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta’zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan :-
a- Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta’zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya.
b- Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta’zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta’zir tidak boleh melebihi hudud.
c- Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar[7]. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya.
Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta’zir dan bukan hudud. Wallahu’alam.
2) Jumlah sebatan yang perlu dikenakan.
Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.
Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta’zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.
BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?
Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.
Jika Hudud
Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.
Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.
Jika Ta’zir
Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta’zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.
Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.

Khamis, 13 Januari 2011

Batuk 100 hari -.-

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Agak sukar untuk ninie membuat kerja.. ninie batuk memang tahap batuk 100 hari.. [itu perumpamaan ibu ninie] kalau dah kena batuk memang lambatla nak pulih.. 

huhuhu korang ada petua utk hilangkan batuk yg mujarab? share2 lah..

mungkin pertukaran cuaca yg setiap hari lembab dan hujan tak berhenti di Kuching menyebabkan ninie semakin kurang sihatnya..

Sekali batuk rase nak pengsan dgn perut dgn tekak nya gatal dgn dada nya sakit dengan susah nak nafas.. huhuhu ssh pulak nak tidur.. dah beberapa malan tak tidur lena.. doktor dah 2 ali jmpa tapi bukan semakin baik semakin melarat gamaknya..

nak kate ninie minum air berais nampak nya dh lama stop.. apa2pun ninie redha.. kalau ini ketentuan ALLAH.. seseungguhnya terburuk bagi kita sebenarnya adalah terbaik ALLAH turunkan.. kita xtau.. 

Doakan ninie cepat2 sembuh dpt la ninie buat bw selalu kat blog korang smbil bace2 entri.. LOVE YA :)

Info Kesihatan: Apa itu Migraine?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Entri yg sebelum ninie kongsikan mengenai Kanser Prostat kan? Entri ini pulak ninie nak kongsi dan kita berkenalan serba sedikit pula mengenai MIGRAINE.. 


APA ITU MIGRAINE?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.


APA PENYEBAB MIGRAINE?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?
Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.

Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.

BAGAIMANA MIGRAINE ITU DIDIAGNOSA?
Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :
  1. Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
  2. Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
  3. Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.
BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?
Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.

info dari sini [link


**ninie copy n paste dari sumber di atas bukannya saje2 nak copy n paste.. di harap para pembaca memahami.. ninie mengalami HEAVY MIGRAINE dan rasa tak salah ninie berkongsi info yg ninie baca daripada ninie mereka-reka yg entah apa2.. sumber di atas ninie dapat dari wordpress seorg doktor. Maafkan ninie sekiranya ianya membuat sesiapa sakit hati.. 

Info Kesihatan: Kanser Prostat, Lelaki JGN AMBIL MUDAH!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


Kali ini ninie nak berkongsi mengenai Kanser Prostat..Kepada jejaka2 macho lagi hensem di luar sana JANGAN AMBIL MUDAH.. Ianya boleh membunuh! Info di petik dari Kanser PROSTAT


1) Epidemiologi:
Kanser jenis yang kedua yang paling banyak dijangkiti oleh kaum lelaki. Di Amerika Syarikat orang keturunan Afrika menghidap 25% dari seluruh barah prostat di sana. Di Asia manakala hanya di antara 3-5%. Penduduk di California dijangkit kanser ini 100 kali lebih banyak dari penduduk Cina di Shanghai. Oleh sebab itu ada unsur-unsur genetik dan suasana kemastautinan yang perlu di selidik. Kes-kes kanser ini sedang menurun, 180 000 kes dalam setahun, tetapi tahapnya dua kali ganda 10 tahun yang lepas. Terdapat 40 000 kematian setahun. Kanser prostat mengambil jangka masa yang agak lama untuk merebak, oleh sebab itu kanser ini digelar penyakit orang tua. Isipadu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun.

2) Ketumbuhan kanser prostat :

Kanser ini memrebak dari kelanjar; dari beberapa punca didalam kelenjar, ianya bermula didalam lapisan lemak prostat. Dari situ ianya merebak ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan. 90% dari sel kanser ini merebak ke tulang.

3) Simptom:
- Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan, selalunya pada waktu malam. Kencing tak puas, darah atau sperma dalam air kencing adalah sebahagian dari simptomnya.
- Kalau terdapat sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang, kemungkinan kanser telah melarat.

4) Diagnosa:
- Pemeriksaan rektum dengan menggunakan jari oleh doktor pakar ;
- Petanda tumor iaitu PSA, had maksima yang boleh dicapai ialah 4.0ng/ml. Kalau dari lingkungan 4.0 ke
  10 ng/ml, bengkak prostat biasa boleh disyaki. Tetapi untuk membezakan kanser prostat dari bengkak prostat
  biasa, menghitung FPSA( Free PSA) dan nisbah FPSA/PSA boleh menolong, untuk kajian yang normal nisbah ini
  mesti lebih tinggi dari 0.25. Kalau nisbah ini rendah kebarangkalian risiko kanser tinggi.
- Menggunakan kaedah skan melalui dubur dan cebisan biopsi untuk mengenalpasti kedudukan dan saiz tumor.
  Oleh kerana mengambil biopsi ada risikonya, ianya boleh dielakkan dengan mengambil hitungan FPSA.

5) Rawatan:

Ianya bergantung kepada tahap tumor, adakahnya dah melarat dan membesar. Dalam kes-kes yang biasa ulangan dengan pakar dah memadai, tetapi memerlukan rawatan perubataan seperti terapi hormon.
- Pembedahan : mengeluarkan keseluruhan atau sebahagian prostat;
- Pancaran radiasi : Perkembangan yang pesat dalam mesin dan cara-cara perubatan;
- Hormon terapi: Khasnya digunakan untuk mengurangkan tahap hormon testosteron, boleh mengakibatkan
  impotensi dan badan rasa panas ;
- Kemoterapi jarang digunakan.

6) Rawatan susulan:
- Pemeriksaan klinikal;
- ultrasound;
- Skan dan kajian PSA dan FPSA. Selepas pembedahan prostat, tahap PSA akan turun ke kosong. Jikalau ada
  peningkatan tahap PSA ini menunjukan kewujudan kembali kanser prostat.

7) Pencegahan:

Ini di atas keperihatinan diri sendiri dan bermakna berjumpa doktor untuk pemeriksaan prostat melalui rektum dan kajian darah untuk PSA/FPSA.
AWAS : Jikalau anda sedang mengambil apa-apa rawatan anti-penuaan yang mengandungi "DHEA", anda MESTI PASTIKAN anda tidak dijangkit kanser prostat. "DHEA mesti dimakan atas nasihat doktor, di mana doktor akan membuat kajian darah untuk steroid, lemak, glukos dan memeriksa kesihatan prostat." kata Dr. John Nestle, MD, profesor endokrin dan metabolisma di Universiti Virginia Commonwealth. Dialah orang yang membuat kajian mengenai kesan DHEA ke atas penyakit kencing manis dan pembekuan darah.

Petanda tumor adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahun

Kanser dapat dikesan : lakukannya SEKARANG.

Rabu, 12 Januari 2011

Saya Bercuti Hari Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Hari ini ninie bercuti nak update blog n blogwalking.. Ninie x berapa sihat.. Tak sedap badanlah.. Esok kalau ok sikit ninie kembali ok.. 

Take care sahabat dan pembaca.. Teruskan Usaha kita bersama.. hehehe

Selasa, 11 Januari 2011

Pesawat AK5218 Tergelincir

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Pasti semua mendengar berita bahawa pesawat Air Asia AK5218 tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching malam semalam..


Semua penerbangan pada hari ini dibatalkan. Kapal terbang AK5218 dikatakan tergelincir akibat hujan lebat pada malam semalam.. Tiada kemalangan jiwa yang di laporkan.. Semua selamat dan 4 org cedera ringan..

Biar sahaja gambar dibawah menceritakan kepada anda lagi tentang kejadian.. Untuk pengetahuan semua, gambar tersebut ninie dapati dari facebook Hafizuddin Ismail.. 




Masih dlm usaha menarik keluar pesawat...

Apabila Jalanraya Lebih Tinggi Dari Rumah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..




Hari ini aku sebenarnya ada class pagi.. Pukul 8.. Apabila aku terjaga pada jam 5.45, aku mendengar ketukkan dtgnya dari pintu. hehehhe.. Aku bangun lantas membuka pintu. Sedikit terkejut apabila kedua-dua org tuaku tercegat di situ.

Aku pun bertanya kenapa? Bapaku memberitahu bahawa rumah masuk air berlumpur dan berbau.. Banjir akibat daripada hujan lebat dari malam semalam lagi.. Nasib baik bilik aku ada tinggi sikit dari bilik yang lain.. Hehehhe..

Alhamdulillah bilikku tidak di masuki air namun semua bilik yang lain penuh dengan air termasuklah bilik komputer dan bilik org tuaku.. Memang habis basah lah sofa, kerusi, plug, tilam dan macam2 lagi..

Memang sorong pun tak terjaga.. Nak buat mcm manakan bnda dah nak jadi.. Redha jelakan.. Alhamdulilah syukur semuanya selamat..





Lipan dan anak2 lipan mulai di temui di setiap tempat.. Aku mulai seram sejuk.. Haisshhh aku sensitif la kat binatang mcm lipan ular dan sebagainya.. Bukan takut tetapi geli yg teramat.. 

Walaupun tak tinggi namun banjir ini jarang berlaku.. Sejak 2 menjak highway depan rumahku siap, rumahku menjadi jauh lebih rendah dr highway tersebut. Air dan segala jenis air turun kebawah dan menuju ke rumahku.. 

Biar sahaja gambar ini menceritakan lagi keadaannya..Semoga hujan berhenti.. AMIN






Demam Maher Zain???

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


Sekarang lagu nyanyian Maher Zain sering dimainkan di mana2 sahaja ninie berada. Baik kecil besar tua mahu pun muda, semua mengemari lagunya. Baru2 ini ninie membaca KOSMO! Artikal bawah adalah petikkan dr KOSMO! [klik utk merujuk]

FENOMENA penyanyi Maher Zain belum lagi berakhir apabila komposer dan penyanyi kelahiran Lubnan ini sekali lagi berkunjung ke Malaysia bagi mengadakan konsert solo yang pertama di sini. 

Inteam Records bersama Fiero Entertainment dan Awakening Entertainment bergabung tenaga untuk menyambung momentum ini dengan mengadakan konsert solo Maher Zain Live In Concert 2011 yang akan bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari ini.

Maher merupakan menjadi artis beragama Islam pertama mempunyai satu juta pengikut di laman sosial Facebook dan 900,000 daripada jumlah itu adalah pengikut dari Malaysia selepas pelancaran album pertamanya, Thank You Allah. 

Mungkin kerana itu, penyanyi tinggi lampai ini agak kerap menerima jemputan ke Malaysia. Pada tahun 2010 sahaja, Maher tampil dengan mengadakan konsert mini dan amal di Shah Alam. 

Persoalan mengenai kekerapan berkunjung ke Malaysia dijawab dengan mengatakan Malaysia merupakan rumah kedua bagi empunya diri dan isteri tersayang. 

“Seperti yang pernah saya katakan, Malaysia ialah seperti rumah kedua saya selepas Sweden. 

“Saya juga selesa berada di sini memandangkan isteri saya memakai hijab dan masyarakat di sini tiada masalah dengan perkara tersebut,” bicaranya selepas beberapa kali diajukan soalan mengenai kunjungan di Malaysia. 

Tambahnya lagi, perancangan bercuti bersama isteri di sini mungkin akan dipertimbang kelak selain berkata dia amat menggemari hidangan tempatan iaitu sate bersama kuah kacang. 

Selain itu juga, penerimaan dan sokongan rakyat Malaysia juga antara penyebab kesudiannya kembali ke Malaysia. 

Akuinya jujur, perasaan terharu dan bertuah terdetik di hati kerana dijemput bagi mengadakan konsert sulung itu dan ia juga dianggap sebagai satu penghormatan bagi dirinya. 

Berbicara mengenai konsert solo pertama yang akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam itu, berkemungkinan beliau akan menyampaikan sebanyak 10 atau 11 buah lagu yang dipetik dari album Thank You Allah. 

Antara kejutan yang akan dilakukan nanti ialah, peminat di Malaysia akan berpeluang menyaksikan secara eksklusif nyanyian lagu Insha Allah di dalam bahasa kebangsaan. 

“Pada konsert solo saya nanti, saya akan menyampaikan lagu Insha Allah di dalam bahasa Melayu. Ia khas bagi menghargai peminat Malaysia yang selama ini banyak memberikan sokongan kepada saya,“ tuturnya yang juga pernah menyampaikan lagu ini di dalam empat bahasa lain iaitu Inggeris, Perancis, Arab dan Turki. 

Bagi peminat Malaysia yang ingin menyaksikan Maher Zain sekali lagi di Malaysia, anda boleh dapatkan maklumat pembelian tiket di www.inteam.com.my.

Isnin, 10 Januari 2011

Esok Hari Yang Tak BEST~ :(

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Pasti korang tertanya2 kan kenapa ninie cakap tak best? esok ninie ada kelas 8 - 10 pagi lepas tu 4-6 petang -.-

10 pagi - 4 petang itu satu tempoh yang lama bagi ninie yang tidak mendapat kemudahan kolej ataupun asrama.. Nak buat macam mana nie? Nak stay bilik kawan x sedap hati la pulak kawan ada kelas ninie sorg dalam bilik tuan punya bilik tak ada..

ermmm... alamatnya balik umah la walaupun jauh.. kalau balik uma esok menjadi perjalanan yang memenatkan.. 

Ulang alik 35x2 = 70km. Pas tu petang pergi balik kampus n balik lagi umah 70km +70km = 140km..

Akan ku harungi jua walaupun ribut melanda.. ehhehe.. Semoga semuanya lancar dan de permudahkan segala urusanku.. AMINN... 

Costing & Financial Accounting PLEASE be FINE with me 2mmrrw ya :)

Sempat la ninie bw tghari esok.. ehheheh :)

Terowong Air Mega

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Sungai Semantan "hidupkan" Selangor. Itulah tajuk berita didalam KOSMO! yg ninie baca sebentar tadi. Mari kita kongsi bersama..


KEHIDUPAN selama beberapa bulan tanpa bekalan air di rumah membuatkan keluarga Mohd. Zuki Yazid, 34 dan isterinya, Normah Abdul Razak, 33, terpaksa mengambil air bukit di Sungai Long, Kajang, Selangor yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.

Bekalan air ke rumah mereka telah dipotong beberapa bulan lalu kerana kesempitan hidup akibat kemalangan yang menimpa anak keduanya kira-kira lima tahun lepas.

Normah dan suaminya akan pergi ke bukit berkenaan untuk mengambil air setiap hari sejak bekalan air ke rumahnya dipotong.

“Bagi saya dan keluarga biarlah tiada elektrik daripada tiada air kerana air lebih penting untuk menguruskan kehidupan seharian. Air merupakan keperluan asas kepada kita untuk melakukan segala aktiviti seharian,” katanya.

Namun atas keprihatinan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dia diberi air percuma selama enam bulan melalui program Tabung Budi.

“Saya bersyukur sangat kerana keluarga kami terpilih untuk menyertai program tersebut. Keluarga kami akan menggunakan air dengan cermat dan tidak membazir kerana menyedari betapa berharga air untuk kami meneruskan kehidupan,” tambahnya.

Masalah yang dihadapi Mohd. Zuki dan Normah mungkin salah satu contoh kecil pengurusan air kediaman yang boleh memburuk dan menjadi isu yang lebih besar. 

Daripada sebuah masalah keluarga yang tidak berkemampuan, kehilangan sumber utama itu boleh menjadi krisis yang lebih dahsyat. Kekontangan bekalan air mampu mencetus ketidakselesaan komuniti, melumpuhkan mekanisme perniagaan dan industri serta menjejas psikologi sosial.

Mesin NATM yg berfungsi menggerudi batu sepanjang projek PPAMPS.
Terpanjang di Asia Tenggara

Dalam senario terkini, faktor kepentingan air kepada penduduk dan kekurangan punca sumber air mentah di negeri Selangor pada masa depan telah mendorong kerajaan mengambil keputusan untuk menyegerakan pelaksanaan pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor (PPAMPS).

Projek itu melibatkan dua fasa utama iaitu pertama, pembekalan air mentah dari Pahang ke Selangor termasuk terowong bawah tanah antara Karak di Pahang dan Hulu Langat di Selangor, serta kedua, pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat. 

Projek berimpak tinggi yang bernilai RM3.936 bilion itu dijangka siap pada tahun 2014. Apabila projek itu siap nanti terowong itu akan menjadi terowong air mentah terpanjang di Asia Tenggara dan yang keenam di dunia. 

Pelaburan besar negara ke atas projek yang mengambil masa kira-kira empat tahun lagi itu penting kerana air merupakan keperluan penduduk.

Bagi Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, ketiadaan sumber air merupakan satu isu yang berat kepada pengguna.

Katanya, projek penyaluran air mentah dari Pahang itu akan memberikan impak yang positif kepada pengguna apabila ia siap kelak.

“Usaha yang dilakukan kerajaan itu sangat bermanfaat memandangkan bekalan air bersih amat penting untuk segenap lapisan masyarakat. Masyarakat Islam misalnya, memerlukannya untuk berwuduk, bersuci dan sebagainya,” ujar beliau.

Tambah Nadzim, pada masa yang sama, masyarakat perlu dididik untuk bertindak sebagai pengguna air yang berhemah.

“Kita perlu menghargai air kerana sebanyak manapun air itu disalirkan, jika ia tidak digunakan dengan sebaik mungkin, ia akan habis juga,” kata beliau. 

TBM yang dibeli dari Amerika Syarikat mengorek laluan bawah tanah untuk saluran air.
Punca air

Menurut Pengarah Projek PPAMPS, Datuk Ir. Ismail Mat Noor projek tersebut bertujuan untuk menyalurkan air mentah dari Sungai Semantan di Pahang ke Hulu Langat, Selangor.

Jelas beliau, Sungai Semantan dipilih sebagai sumber untuk menyalurkan air ke Selangor kerana keupayaan sungai tersebut membekalkan air.

“Sungai Semantan merupakan sungai yang berpunca dari tiga sungai yang lain seperti Sungai Telemung, Sungai Kelau dan Sungai Bentong. Namun, untuk persediaan awal jika berlaku sebarang kemungkinan kami juga akan membina sebuah empangan di Kelau,” ujar Ismail.

Jelasnya, empangan di Kelau itu bertujuan untuk menyimpan air mentah untuk dibekalkan ke Selangor.
“Misal kata air di Sungai Semantan mengalami kemarau dan kekurangan air. Air dari empangan itu akan dilepaskan ke dalam terowong tersebut. Itu merupakan persediaan yang dibuat untuk menampung air jika kekurangan air di sungai itu,” ujar beliau.

Selain itu, Sungai Semantan turut dipilih kerana faktor kebersihan dan kualiti airnya yang masih boleh dirawat dengan mudah.

“Boleh dikatakan kebanyakan sungai di Pahang mempunyai kualiti air yang baik termasuklah Sungai Pahang.

Demi untuk menjayakan penyaluran air itu nanti mengikut masa yang ditetapkan, empat komponen utama terdiri daripada terowong penyaluran air, empangan Muka Sauk dan empangan Kelau, saliran paip berkembar dan Stesen Pam Air Semantan. 

Terowong air mentah itu berkeupayaan membekalkan air mentah sebanyak 1,890 liter air sehari apabila siap kelak.

Teknologi canggih PPAMPS dengan status projek mega beberapa mesin berteknologi tinggi digunakan dalam proses untuk menyiapkan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor (PPAMPS).

Antara mesin yang berkhidmat dengan PPAMPS sehingga projek itu selesai ialah beberapa buah Tunnel Boring Machine (TBM), New Austrian Tunneling Method (NATM) dan Conduit.

Setiap mesin atau kaedah yang digunakan itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Pada 29 November yang lalu, TBM3 telah memulakan operasinya untuk mengorek terowong bawah tanah sejauh 11.2 kilometer (km).

Ismail berkata, projek terowong itu sahaja bernilai RM1.3 bilion bakal menyalurkan air mentah dalam lima tahun lagi.

Menurutnya, TBM3 atau juga dikenali sebagai Tiara Midori, melakukan kerja-kerja mengorek bersama dua lagi mesin pengorek iaitu Kamila (TBM1) dan Selpah (TBM2).

“Mesin pengorek Tiara Midori yang panjangnya 205 meter akan mengorek sejauh 11.2 kilometer dari sini (Semantan) dan ia mampu mengorek sejauh 1,000 meter setiap bulan.

“Mesin Tiara Midori akan beroperasi 24 jam menggunakan tenaga kerja sebanyak 20 orang untuk satu-satu syif,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya turut melakukan beberapa persediaan sebelum kerja mengorek bermula seperti menyelidik jenis batu.

“Jika batu jenis keras kita tidak perlu melakukan forepoling. Forepoling merujuk kepada teknik untuk menahan tanah atau batu dari runtuh di kawasan yang tidak kukuh,” jelasnya.

ISMAIL (kiri) menunjukkan replika TBM yang digunakan dalam proses menyiapkan terowong PPAMPS.
Berdasarkan kajian awal, katanya, kira-kira 90 peratus dari kawasan yang bakal dikorek ialah kawasan berbatu keras.

Jelas Ismail untuk kawasan berbatu, pihaknya menggunakan mesin yang dikenali sebagai New Austrian Tunneling (NATM) beberapa meter sebelum TBM memulakan tugasnya.

“NATM adalah satu kaedah dimana satu mesin akan menggerudi batu di kawasan tersebut.

“Dalam projek ini, kaedah NATM hanya digunakan di Inlet (air masuk) dan Outlet (air keluar) terowong sahaja,” katanya.

Projek yang dijangka siap pada bulan Jun 2014 itu akan menyalurkan air mentah sebanyak 1,890 juta liter sehari.

Sebanyak empat syarikat terlibat dalam usaha sama itu seperti IJM Corp. Bhd., UEM Builders Bhd. Shimizu Co rporation dan Nishimatsu Construction Co. Ltd.

Projek itu diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memenuhi keperluan bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.