say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Ahad, 11 April 2010

RumahKu kena pecah masuk!

Salam & selamat sejahtera,

Aku terjaga dan mataku tidak dapat untuk di lelapkan lagi. Adehh. Takut. Trauma. Cerita bermula apabila aku tersedar around pukul 4 pagi. Aku buka mata terus tengok langit yang masih hitam di iringi dengan nyanyian cengkerik yang membuatku seakan-akan sedang berkhemah.

Entah. Semua orang tertanya-tanya kenapa aku tidur di bilik atas pada malam tadi? Sedangkan biliku sendiri di bawah. Nak tahu kenapa? Panas. Panas menyebabkan aku tidur di bilik atas. Kat atas sejuk, coz kat atas umah aku kayu memang best. Bilik atas yg tidak di huni menyebabkan aku memilih bilik yg ke dua ataupun bilik tengah untuk beradu.

Aku memang bersyukur ke hadrat Ilahi. Aku terjaga dan aku rasa pada masa itu pencuri sedang mendaki atas tingkap bilik ibu bapaku untuk naik keatas (ke bilik yg aku tidur). Aku bukan jenis yang mudah terjaga apabila sudah melelapkan mata. Aku susah untuk di kejutkan apabila sudah tidur kecualilah hendak ke toilet. Campakkan BOM pun aku x sedar. Tidur mati!

Aku membuka mata dan terus ku lihat tingkap bilik itu terbuka luas. Nampak langit yang masih gelap. Aku ingatkan sudah subuh tetapi jam baru menunjukkan pukul 4 pagi. Aku pun tanpa membuang masa mencapai telefon dan pelan-pelan keluar dan turun ke bawah untuk mendapatkan bapaku.

Kebetulan bapaku baru sahaja balik dari kerja.

Aku memberitahu bapaku, sumthing wrong sumwhere bila aku tengok tingkap bilik aku tidur kat atas tu terbuka sedangkan aku dah check betul-betul malam tadi sbelum beradu. Tanpa membuang masa bapa & abgku terus keluar dan pergi ke tepi rumah. Nak tahu apa yang berlaku?

Bukan sahaja tingkap bilik tempatku tidur sahaja terbuka luas, tetapi tingkap bilik ibu bapaku turut terbuka sedangkan ibuku masih hanyut di buai mimpi indahnya. Bapaku cemas dan dia mendapati ada kayu di bawah tingkap dan bapaku menemui purse ibuku di luar rumah.

Pencuri itu mengail beg dr tingkap bilik ibu bapaku. Alhamdulillah nasib baik kerana ibuku memang x meletakkan duit di dalam pursenya itu. Pencuri itu ku rasa baru sahaja nak mencuri tapi aku tersedar dan bapaku bertindak pantas sehingga tidak ada apa-apa yang pencuri itu dapat.

Kami sekeluarga semua tersedar dan keadaan menjadi riuh. hehehe. Bukan apa. Nabes teramat. hehehe. Alhamdulillah semuanya selamat dan termasuk diriku. Alhamdulillah syukur. Bapaku menelefon polis untuk meminta bantuan.

Alhamdulillah aku benar-benar bersyukur kerana amazingnya aku tersedar dr lenaku. Kalau x, entah apa yang berlaku. Terima kasih YA ALLAH. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

1 ulasan:

  1. alhamdulillah semuanya selamat =)
    takot sangat, sekarang ni banyak betul kes2 pecah rumah.. siang pun diorang dah berani.

    BalasPadam