say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Jumaat, 30 April 2010

Holiday holiday holiday [Penang]

Salam & selamat sejahtera.

Hari tu aku bagitau korang tentang holidaykan? Actually aku dan family nak g kenduri cousin kat Seremban. My cousin tu kahwin ngan org nogori.

Sebelum ke Seremban, kami sekeluarga direct ke Penang dulu. Menginap kat hotel berdekatan ngan Komtar. Banyak gak tempat kitaorg pergi. Terima kasih saya sekeluarga ucapkan kepada Abang Yusuf sekeluarga kerana seharian membawa kami menerokai Pulau Pinang.

Bukit Bendera tak dapat naik coz maseih dalam renovation lagi. Diaorg cakap maybe next year baru siap. Ambik gambar jelakan..

Ini dia antara gambar kenangan yang sempat kami ambil semasa di Penang.. Actually banyak lagi tp aku tak larat nak upload...

The Ship, Batu Ferringghi

Singgah kejap kat Masjid terapung balik dari Batu Ferringghi..

Kat area hotel..

Bukit Bendera [TUTUP] - RENOVATION




Ini dia family yang bawak kitaorg sefamily pusing Penang..

Rabu, 28 April 2010

Road Trip with My Broadband


Salam & selamat sejahtera,

Sudah 2 minggu aku xdapat join Instant Cash Blogging. Hopefully, cubaan kali ini setelah cuti panjang akan di terima pakai. :)

Aku memang suka sangat join Project ALPHA on Instant Cash Blogging ni. Kita bukan dapat duit percuma je tp kita harus mencurahkan idea. Kira buat dapat duit x buat x dapat la duit. Usaha tangga kejayaan. yeahh 1st come 1st servekn? Tapi aku rasa aku terlambat juga hari ini.

Bercakap mengenai road trip with broadband, aku dulu kala guna modem yang banyak2 wayer tu. Terlampau banyak wayer bertali-tali naik bengang aku di buatnya.

Tapi itu semuanya dulu, sekarang zaman dah berubah, aku juga berubah. Aku memilih Wiggy P1 w1max mcm pendrive.

tadaa.. ini dia pengubat hatiku..

Bagi sesiapa yg memang blogger or facebooker tegar macam aku. hahaha memang syok guna ni. Tapi ikut area korang duduk gak la.

Ianya kecil, nipis, ringan dan mudah di bawa kemana sahaja.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Ahad, 25 April 2010

Saya kembali~

Salam & selamat sejahtera,

Aku kembali setelah lama menyepi. Aku sebenarnya pergi bercuti :)

hehehehhe. lepas ni dah ok dah. Banyak masa utk MISS. DIARY's.

Aku akan ceritakankan my great holiday with my family next entry ok?


Isnin, 12 April 2010

No Strings Attached

Salam & selamat sejahtera,

Instant Cash Blogging untuk minggu yang ke-7, aku terlambat kali ini atas kesibukan yang tidak dapat di elakkan. Harap-harap masih di terima :)

Aku mula-mula tak berapa faham dengan tajuk bila aku tengok Wiggi P1 W1max baru aku memahami. hehehehe.

Untuk pengetahuan semua, memang bebaloi-baloi kalau gunakan Wiggi P1 W1max ni. Dah x yah nak sambung-sambung wire lagi. I mean connection cable. Macam iklan kat tv yg aku rasa korang pun slalu tengok. Lebih kurang la. "Abg dah potong?"

Wiggi P1 W1max ini bukan sahaja memudahkan korang di rumah tetapi lebih memudahkan korang jika hendak kemana-mana. Maksud aku nak pergi ke tempat lain. Travelling ke. Korang leh plug in terus ke lappy ataupun PC korang. Itulah yang di namakan NO STRINGS ATTACHED.



Dengan adanya Wiggi P1 W1max ini, korang tak yah nak risau ataupun rasa rimas dengan wayer-wayer lagi. Aku jamin itu.

Bukan itu sahaja, pakejnya yang murah juga mampu untuk dimiliki sesiapa sahaja. Kalau nak guna prepaid pun boleh :)

Kelajuannya pun boleh tahan. Bagi yang jenis online 24 hours tu memang bebaloi. Bayaran sama je. Kalau berani cubalah. Dapatkan Wiggi P1 W1max sekarang untuk kepuasan yang berganda.

Korang boleh la join Instant Cash Blogging setiap minggu. PROJECT ALPHA memang masyukkkk. Masyukkk habis... Terima kasih PROJECT ALPHA. Terima kasih NUFFNANG :)

"potong..potong..potong..potong..potong..potong"

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Selamat Hari Lahir Daddy..

Salam & selamat sejahtera,

Hari ini hari lahir daddyku yang tercinta.

RABUDIN BIN HAJI AHMAD.

Yang ke 49 tahun :) :) :)

Love u daddy. U'r the best dad in the world!!

Semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki.

Semoga di permudahkan segala urusanmu.

AMIN AMIN AMIN YARABALALAMIN...

**kamek sayang kitak pak \(^_^)/

Ahad, 11 April 2010

Jangan Bersedih

Salam & selamat sejahtera,

Aku nak kongsi ngan korang buku motivasi yang aku tengah baca sekarang. Memang berbaloi-baloi. Aku suka. Tak taulah korang semua.

kulit depan buku :)

kulit belakang buku :)

Mari kita bersama-sama membaca buku ini. Memang berbaloi-baloi :)

Lagi-lagi kes buang bayi. Mana PERIKEMANUSIAANMU?

Salam & selamat sejahtera,

Bayi lelaki di temui di dalam tong sampah? Aku geram benci. eeee kasihannya kat bayi tu. YA ALLAH.. Kalau dah tak nak anak tu bg la kat org. Ramai yang nak anak. Ataupun hantar ke rumah kebajikan..

ANGGOTA polis mengangkat mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan yang dibuang dalam tong sampah di Kampung Tanjung, Sungai Choh, Rawang. Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui jam 8 pagi tadi. - Md Fuzi Abd Lateh
Apr 11, 2010 5:38 pm (BERITA HARIAN ONLINE)

Jangan la seksa bayi mcm tu sekali. Itu benih kau jugak!!! Arkhhhh.. Maaf jika aku emosi. Apa salah bayi tu sampai di buat begitu sekali?? Bayi tu x tau apa2 lah.

Aku tau aku bukannya budak baik untuk tegur atau pun siapalah aku untuk marah tapi tolonglah... Aku merayu. Jangan buang bayi dalam keadaan kejam sebegitu. Bukan sekali dua kes buang bayi tapi dah melambak. xkan x dapat jadikan pengajaran????

"Ingat mati ingat sakit. Ingatlah saat kau sulit. Ingat-ingat hidup cuma satu kali. Berapa dosa kau buat? Berapa kali maksiat? Ingat ingat sobat ingatlah akhirat.. cepat ucap Astarfirullahalazim..." wali band - taubat maksiat

................................

RumahKu kena pecah masuk!

Salam & selamat sejahtera,

Aku terjaga dan mataku tidak dapat untuk di lelapkan lagi. Adehh. Takut. Trauma. Cerita bermula apabila aku tersedar around pukul 4 pagi. Aku buka mata terus tengok langit yang masih hitam di iringi dengan nyanyian cengkerik yang membuatku seakan-akan sedang berkhemah.

Entah. Semua orang tertanya-tanya kenapa aku tidur di bilik atas pada malam tadi? Sedangkan biliku sendiri di bawah. Nak tahu kenapa? Panas. Panas menyebabkan aku tidur di bilik atas. Kat atas sejuk, coz kat atas umah aku kayu memang best. Bilik atas yg tidak di huni menyebabkan aku memilih bilik yg ke dua ataupun bilik tengah untuk beradu.

Aku memang bersyukur ke hadrat Ilahi. Aku terjaga dan aku rasa pada masa itu pencuri sedang mendaki atas tingkap bilik ibu bapaku untuk naik keatas (ke bilik yg aku tidur). Aku bukan jenis yang mudah terjaga apabila sudah melelapkan mata. Aku susah untuk di kejutkan apabila sudah tidur kecualilah hendak ke toilet. Campakkan BOM pun aku x sedar. Tidur mati!

Aku membuka mata dan terus ku lihat tingkap bilik itu terbuka luas. Nampak langit yang masih gelap. Aku ingatkan sudah subuh tetapi jam baru menunjukkan pukul 4 pagi. Aku pun tanpa membuang masa mencapai telefon dan pelan-pelan keluar dan turun ke bawah untuk mendapatkan bapaku.

Kebetulan bapaku baru sahaja balik dari kerja.

Aku memberitahu bapaku, sumthing wrong sumwhere bila aku tengok tingkap bilik aku tidur kat atas tu terbuka sedangkan aku dah check betul-betul malam tadi sbelum beradu. Tanpa membuang masa bapa & abgku terus keluar dan pergi ke tepi rumah. Nak tahu apa yang berlaku?

Bukan sahaja tingkap bilik tempatku tidur sahaja terbuka luas, tetapi tingkap bilik ibu bapaku turut terbuka sedangkan ibuku masih hanyut di buai mimpi indahnya. Bapaku cemas dan dia mendapati ada kayu di bawah tingkap dan bapaku menemui purse ibuku di luar rumah.

Pencuri itu mengail beg dr tingkap bilik ibu bapaku. Alhamdulillah nasib baik kerana ibuku memang x meletakkan duit di dalam pursenya itu. Pencuri itu ku rasa baru sahaja nak mencuri tapi aku tersedar dan bapaku bertindak pantas sehingga tidak ada apa-apa yang pencuri itu dapat.

Kami sekeluarga semua tersedar dan keadaan menjadi riuh. hehehe. Bukan apa. Nabes teramat. hehehe. Alhamdulillah semuanya selamat dan termasuk diriku. Alhamdulillah syukur. Bapaku menelefon polis untuk meminta bantuan.

Alhamdulillah aku benar-benar bersyukur kerana amazingnya aku tersedar dr lenaku. Kalau x, entah apa yang berlaku. Terima kasih YA ALLAH. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sabtu, 10 April 2010

Khas buat ibuku. I love u mak!

Salam & selamat sejahtera,

Lagu ini aku tujukan buat makku dan ibu2 yang ada kat luar. Dengarkan. "Tepuk amai-amai, belalang dan kupu-kupu, aku ingin kau tahu dirimu RATU hatiku"

noNo - Seperti Dirimu

Lagu khas buat teman yg setia :) sila dengar & komen ok?

Salam dan selamat sejahtera,

Lagu ini khas di tujukan untuk korang :) terima kasih teman :)

noNo - Teman


Terima kasih kawan2 yang setia :)

Salam & selamat sejahtera,

2 3 minggu ni ninie memang buzy. Salah satu sebabnya ninie x leh nak on9 adalah lappy screen ninie rosak. waaaa :( memang hangit.. Ninie nak ucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa org teman yg setia, masih lagi menjenguk dan meninggalkan jejak walaupun ninie jarang on9. terima kasih kawan2.

Terima kasih jasamu kan ku kenang. akn aku lawat selalu ketika aku on9. hehehe. InsyaALLAH balik ninie dr vacation nanti barulah dapat on9 sepenuhnya & dpt update blog and lawat kwn2 setiap hari mcm dulu.

Nasib baik cuti khas. Lau dah masuk class alamat susah la nak wat assignment n apa2 kerja. Patah kakiku utk on9 semenjak lappyku problem.

Aku on9 sekarang pun guna PC umah. Tu pun lau abg or kazen aku tak gunakan. Aku bukannya apa, malas nak berebut untuk menggunakannya. Aku memilih untuk mengundur diri :)

Seseungguhnya itu lebih baik dari mencetuskan pertelingkahan yang x sepatutnya. betul x kawan-kawan?

(gambar hiasan)

Anyone yg tahu lau lappy brand COMPAQ lau rosak screen nak baiki nya brapa ea? Lau baiki sama dengan beli baru, beh baik beli yg baru. hohoho hopefully x mahal la kan..

Hobi dan koleksiku

Salam & selamat sejahtera,

Maaf kerana lama tidak mengupdatekn blogku ini atas kerana kesibukan duniawi. hohoho. Kali ini aku mahu berkongsi dengan kawan2ku di alam maya mengenai hobiku.

Aku suka membeli dan membelah. Aku berminat dengan selipar dan kasut. Aku hanya ingin berkongsi bersama koleksiku setakat ini. Walaupun sekarang buakan berkasut tetapi aku memerlukan kasut untuk bersukan. hehehe. Aku tidak memilih jenama. Apa yang selesa dan menarik dimataku or di mata sayangku, aku akan membelinya.

Ianya akan aku gunakan mengikut kesesuaian majlis ataupun aktiviti yang aku lakukan :)

Terima kasih daddy & terima kasih sayang :)

Nike
Kasut yang aku gunakan untuk bersukan. Aku memilih jenama NIKE dan berwarna putih untuk keselesaanku.

Ini pula kasut yang aku gunakan untuk aktiviti yang memerlukan aku untuk menggunakan kasut. hehehe bersukan pun boleh, jalan-jalan pun boleh. Apa yang penting? SELESA..

Untuk santai-santai or sporty dressing aku memilih selipar Nike untuk perempuan. Kalau nak cepat nak g kedai or g lepak2. Aku selalu gunakan ini.

Charles & Keith

Vincci





Ars


Hush Puppies

Sachs

Scholl

Hawkeye

Isnin, 5 April 2010

My Favourite Sport

Salam & selamat sejahtera,

Aku mencuba lagi untuk kali yang ke 4 utk Instant Cash Blogging. Blog mengenai PROJECT ALPHA & instantly WIN CASH utk minggu yang ke-6. Aku pasti semua blogger pasti mahu mencubakan? Begitu juga aku. :) Walaupun aku tahu aku tidak seberapa kalau bab-bab menguraikan tetapi aku akan cuba yang terbaik :)

Terima kasih Project Alpha kerana setiap minggu RM20 di masuk ke dalam akaun NUFFNANGku :) Terima kasih. Jasamu ku kenang :)

Bila bercakap mengenai sukan kegemaran, aku memang suka walaupun aku ni jenis yang kurang bersukan. Dalam seminggu ada la 2 ataupun 3 kali aku bersukan. My Favourite Sport is Badminton. Di dalam wikipedia, badminton is a racquet sport played by either two opposing players (singles) or two opposing pairs (doubles), who take positions on opposite halves of a rectangular court that is divided by a net.

Aku selalu bermain badminton kat depan rumah jer.

(Gambar hiasan)

Dah la rumah aku di tepi jalan utama, banyak lah mata-mata yang memerhati permainanku. Aku selalu bermain bersama-sama dengan abgku ataupun kekasih hatiku. :) Bila aku katakan banyak mata yang memerhati, pasti korang pun tahukan, apa yang aku rasakan?

Aku dah prepare awal-awal dah. Bukan apa, ketiak basah(memang malu kalo org tengok) ataupun masalah hangit ataupun bau badan apabila banyak peluh memang memalukan bagi diriku. Bau badan tidak memilih lelaki ataupun perempuan. Aku memang jaga betul-betul bab-bab kebersihan dan bau badan ni. Lebih-lebih lagi apabila bersukan.

Sebelum bermain aku gunakan produk ADIDAS ACTION 3. Ianya tahan lama. 24 hours protection. Memang berbaloi-baloi.


Bukan sahaja deodorant, bermacam-macam lagi produk yang ADIDAS ACTION 3 keluarkan. Memang berbaloi-baloi la kalau korang guna produk ADIDAS ACTION 3. Memang bagus dan jimat sebab bertahan selama 24 jam. Selain tu, produk ADIDAS ACTION 3 semuanya mempunyai wangian yang mampu mencuit hati sesiapa sahaja yang memakainya :) Juga mencuit hati org yang sekeliling korang.

Jangan lupa dapatkan produk ADIDAS ACTION 3 di Pharmacy ataupun supermarket berdekatan :)

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Jumaat, 2 April 2010

Din Beramboi Meninggal Dunia

Salam & selamat sejahtera,

Aku pasti semua pasti sudah mengetahui bahawa saudara kita DIN BERAMBOI bertarung nyawa melawan virus DENGGI beberapa hari yg lepas. (seperti kenyataan yg dikeluarkan PAK NIL aka AZNIL HJ. NAWAWI ataupun sahabat baik allahyarham DIN BERAMBOI di FACEBOOK).

Aku tiba2 rasa nak bukak radio era awal2 pagi ni & aku terasa sayu dan pilu bila sahabat ERA mereka dan Afdlin Shauki mengatakan bahawa DIN BERAMBOI menghembuskan nafasnya yg terakhir pada pukul 12.30 pagi ini.
Semoga roh Allahyarham di cucuri rahmat & tergolong bersama-sama dengan golongan orang-orang yang beriman. AMIN AMIN AMIN YARABAL ALAMIN.

Marilah kita sama2 sedekah AL-FATIHAH buat Allahyarham DIN BERAMBOI.
AL- FATIHAH..

Rujukan anda (utk maklumat lanjut):