say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Selasa, 30 November 2010

Apa itu ENDOMETRIOSIS?? Wanita2 JGN pandang RINGAN!!

kesab coklat merupakan endometriosis yang tenat


PENYAKIT ENDOMETRIOSIS
Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.
‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.

Bagaimana endometrium terjadi
Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan. Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.

Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.

Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Simtom-simtom endometriosis?
Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang. 

Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim. 

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. 

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian. 

Bagaimana endometriosis menyebabkan kemandulan?

Sebenarnya ada beberapa penjelasan
1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih. 

2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur. 

3. endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo. 

4Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
Tetapi di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t. 

Endometriosis boleh menyebabkan keguguran yang berulang-kali
Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal iaitu tiga bulan pertama kehamilan. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak mengetahui, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali. 

Tanda-tanda atau gangguan lain akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid. 

Mendiagnos penyakit endometriosis.

Daripada tanda-tanda/simtom-simtom tersebut kita sering mengesyaki pengidap berpenyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan ialah untuk pesakit yang disyaki mempunyai tanda-tanda endometriosis mereka menjalani pemeriksaan ultra-saun melalui bahagian kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila dibahagian dalam ditekan dengan jari doktor bahagian belakang rahimnya akan merasa sakit. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) juga adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan pertumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Rawatan penyakit endometriosis
Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami masalah ketidaksuburan telahpun berulangkali gugur disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk mempercepatkan wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil ini boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini. Kehamilan itu sendiri merawat endometriosis daripada merebak.

Pembedahan untuk membuang endometriosis
Jika terdapat pengumpulan darah yang banyak dan busuk iaitu ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan kedudukan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery yakni tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena pertumbuhan endometriosis.

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim yang terbalik dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga akan diperbetulkan sekali. 

Selain daripada cara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan untuk merwat penyakit ini. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lain-lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan pertumbuhan endometriosis ini. 

Dalam beberapa tahun yang lepas terdapat ubat-ubatan terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dalam bentuk berbagai jenama seperti Zoladex. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid. Kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan juga.


Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat tersebut untuk merawat pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali. Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.

Bolehkah penyakit berulang?
Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan ia berulang adalah besar.

Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang. 

Tetapi amalan mengawal pemakanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan jauhi gangguan emosi. Gunakan kaedahkaedah untuk menangkis stress dengan berfikiran positif.

Pembedahan buang rahim (hysterectomy)
Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang terakhir bagi mereka yang mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja seharian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian serta menyebabkan masalah hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita untuk membuat amal ibadah
.
Jika ini berlaku, tiada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umur 40 lebih tetapi dalam keadaan di mana penyakit itu sangat teruk.Kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun apabila tiada harapan lagi untuk wanita itu hamil.

Rumusan
Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak diketahui tetapi menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur. Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional boleh digunakan selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik. Mungkin juga terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan kembali subur seperti biasa.

Info dari SINI




Saya sedang mencari KUNYIT HITAM!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Saya memang memerlukan kunyit hitam.. Susah untuk d temui.. 

Klik gambar utk tumbesaran...


diadaptasi dari SINI~

Info Kesihatan: Khasiat KUNYIT~

Ada beragam cara penggunaan kunyit bagi kesehatan, kunyit pun memiliki segudang manfaat. Selain untuk bumbu dapur, kunyit juga mampu digunakan untuk obat tradisional baik menjaga kesehatan maupun kecantikan. Salah satunya adalah :

Diabetes Mellitus
Bahan : 3 rampang kunyit, 1/2 sendok teh garam
Cara membuat : kedua bahan tersebut direbus dengan 1 liter air hingga mendidih, kemudian          disaring. Cara menggunakan : diminum 2 kali seminggu 1/2 gelas.

Tifus
Bahan : 2 rimpang kunyit, 1 bonggol sere, 1 lembar daun sambiloto. Cara membuat : semua bahan tersebut ditumbuk halus dan dipipis, kemudian ditambah 1 gelas ai masak yang masih hangat dan disaring.
Cara menggunakan : diminum, dan dilakukan selama 1 minggu berturut - turut

Usus Buntu
Bahan : 1 rimpang kunyit, 1 butir buah jeruk nipis, 1 potong gula kelapa / aren, garam            secukupnya
Cara membuat : kunyit diparut dan jeruk nipis diperas, kemudian dicampur dengan bahan yang        lain dan disedu dengan 1 gelas air panas kemudian disaring
Cara menggunakan : diminum setiap pagi setelah makan secara teratur

Disentri
Bahan : 1 - 2 rimpang kunyit, gambir dan kapur sirih secukupnya. Cara membuat : semua bahan tersebut direbus dengan 2 gelas air sampai mendidih hingg tinggal
1 gelas kemudian disaring
Cara menggunakan : diminum dan diulangi sampai sembuh

Sakit Keputihan
Bahan : 2 rimpang kunyit, 1 genggam daun beluntas, 1 gagang buah asam, 1 potong gula kelapa /     are Cara membuat : semua bahan tersebut direbus dengan 1 liter air hingga mendidih kemudian  disaring
Cara menggunakan : diminum 1 gelas sehari

Haid Tidak Lancar
Bahan : 2 rimpang kunyit, 1/2 sendok teh ketumbar, 1/2 sendok teh biji pala, 1/2 genggam daun
srigading
Cara membuat : semua bahan tersebut ditumbuk halus kemudian direbus dengan 1 liter air hingga mendidih kemudian disaring
Cara menggunakan : diminum 1 gelas sehari

DIADAPTASI DARI SINI..

Juga baca yg ini:

Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya. Melancarkan Perjalanan Darah
  1. Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.
  2. Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.
Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.

Daun Kunyit
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.

Di adaptasi dari SINI..

Hari yg sibuk

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

hari yg sibuk dan memenatkan tetapi seronok bersama cinta.. full aktiviti.. 

huahuahua lau ada ksempatan nanti ninie upload pic yg ninie tangkap ok? 

esok nak g kayak n swimming.. yahooo dabedabedu... hehehhe

selamat malam :)

Ahad, 28 November 2010

This is da BEST feeling~!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Mesti korg tertanya-tanyakan? apa yg BEST sgt? hehehehe ninie baru je balik dr terminal ambik cin yang tersayang balik keje.. cin tu nama manja tunang ninie.. hehehe cin stand for cinta.. hehehehe

Alhamdulillah.. Setelah sebulan lebih tak bersua muka.. SMS dan CALL teman bicara..Syukur awal pagi ni dah tengok muka dia.. Lega lak rasa.. hehheehhehe

Apa2 pun ninie mesti belajarkan.. Alah bisa tegal biasa.. Itu kerjayanya.. Periuk nasi keluarga..

Almost 11 more months... InsyaALLAH jika tak ada aral melintang kami akan d ijab kabulkan.. Wah tak lama lagilah.. Preparation alhamdulillah ok.. Slow & Steady..

Oklah ye itu aje utk pagi ini.. ninie dah nak tidur dah ni.. esok nak jumpa dia lagi.. lepas kenduri or petang sikit kot.. ehheheehe..

Selamat malam semua.. eh eh eh eh Selamat pagi lah... :)

Sabtu, 27 November 2010

Beransur Pulih..

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dgn limpah kurniaNYA aku semakin pulih..

Aku memang allergic la.. Malam semalam memang truk giler badan aku tumbuh macam kat dlm last post aku hari tu.. dr kaki sampai ke muka n mata beb.. memang gatal sampai ke tulang..

Aku memang tak tahan.. Aku xdapat tidur.. Aku pergi ketuk pintu bilik mak aku bangunkan tolong garukan badan aku.. Diaorg kejut giler badan aku memang mcm bengkak.. Macam bukan aku je..

Aku nangis la xtahan.. Pukul & pagi baru dpt lelapkan mata.. Ok sikit tak gatal selepas mak aku mandikan dengan minyak kapak kasi panas sikit tetapi x ada rasa lansung la.. rasa tebal je kulit ku..

Ubat yg aku dpt dr klinik hari 1st tu x dpt pakailah.. Walaupun lepas injection semakin jadi n gatal.. Alhamdulillah aku dan mak pergi lagi ke klinik pakar kulit n dia mmg cakap aku allergic makanan.. sbb tu sampai ke mata.. dah masuk dalam saluran darah katanya.. Kali ini aku dpt pil pagi dan malam.. Ubat sapu pagi dan malam.. n ubat yang aku mst makan setiap 12 jam selepas makan..

Selain itu aku dpt sabun utk mandi... Semua tu buat kulit n pil ok lah.. alhamdulillah syukur berkurangan dah.. dan aku dpt tidur lena.. Aku baru je bgn tidur n rasa nak update blog plak.. hehehhe

Terima kasih kwn2.. kerana sudi membaca.. Doakan aku cepat sembuh ya kwn2.. 

Terima kasih ALLAH SWT..

Khamis, 25 November 2010

Terkena Air Liur Pontianak..???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Aku baru je balik dr klinik.. Semalaman aku tak dpt melelapkan mataku gara2 kegatalan yg teramat d seluruh badanku.. Kegatalan yg ku rasa gila2 gatal.. Baru pertama kali aku rasa begitu gatal dan aku tak tahan~~

Awal pagi lagi aku dah bgnkan makku dan memberitahu mengenai badanku yg gatal semalaman.. Bila aku lihat rupa2nya memang bengkak ar seluruh badan aku.. sampai nak naik dah ke muka.. Mak aku kata itu air liur pontianak.. hehehehhe betul ke? aku pun tak tau la

Rupanya macam kena gigit nyamok tetapi besar saiznya.. mcm berkumpulan la pulak.. ehhehe

Aku nak pergi klinik sorang diri tetapi aku tak larat nak drive kereta.. Memang gatal giler babushh~~ Akhirnya aku menunggu bapakku balik daripada krusus dan test.. Bila dah masuk jmpa doktor, doktor cakap aku allergic..

Entah aku pun tak tau allergic makanan ke debu ke entah.. tetapi yang pasti itu allergic kata doctor.. Aku diam je allergic pun allergic la jji aku baik dan yang penting BYE2 gatal.. aku memang tak tahan lau bab2 gatal ni.. Akhirnya doktor memutuskan untuk memberi injection.. Aku gohead aja.. yang penting sihat..

Wah lepas injection ok lagi tgn masih dpt nak angkat tangan.. 5 minit lepas tu, tgn aku tak dapat geraklah.. sakit wo.. hahaha... kebas...

Sampai sekarang masih kebas la.. nak angkat tgn pun sakit.. alamak mcm mana aku nak main badminton lepas ni mcm selalu?? aduhh.. hehehehe aku memang tak leh main badminton dulu sebenarnya.. ahhaha kalau benda kat badan aku ni kena peluh memang makin banyak tumbuhnya..

Telan air liur je lah gamaknya..

Nak tengok macam mana rupanya?

Tada inilah dia yg membuatkanku merana.. heheheh



Terima kasih kerana membaca...

Rabu, 24 November 2010

Msg gembira~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hari ini aku menerima msg daripada tunangan ku yg tercinta.. Pada mulanya aku kira hanya msg untuk menanyakan kbr ku, dah makan atau sbgainya..

Bila aku membukanya dia mengatakan bahawa dia akan pulang pada hari sabtu ini... YEAYYYY sebulan lebih aku tidak melihat mukanya.. Betapa rindunya hati ini.. huahuahuahua

Sebenarnya dia di jangka mulai cuti pada minggu depan 4hb.. Entah atas sebab apa dia bercuti awal.. Dia sepatutnya extend atas sebab mahu menghadiri krusus pra perkahwinan kami pada tgh bulan depan.. 

Entah bagaimana nanti.. mungkin dia akan bercuti panjang dan balik selepas krusus pra perkahwinan tersebut.. Apa2 je la labu yang penting aku bertemu dgn nya..

Hehehhee 5hb i'm going to MiRi.. Pergi kenduri kahwin anak saudara mak.. Dia akan pergi bersama ku.. Yeahh.. What a great holiday :)

Hari ni aku memcuci kereta tetapi hasil nya masih kotor terkena debu HIGHWAY yang hampir siap.. huahuahuahuahua.. kecewanya dalam hati..

CIN AKU MERINDUIMU CIN... hehehehe

Bertemu lagi nanti... di next entry..

Selasa, 23 November 2010

Kunyit Hitam

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Kunyit Hitam.. Dimana aku nak carik kunyit hitam?? habis seluruh pelosok aku cari kunyit hitam satu pun x nampak.. Susah la nak cari..

huhuhu Kunyit Hitam tu untuk buat ubat aku la...

Aku perlukan 1 kg or 1/2 kg...

 Nak cari dimana lagi ea??

Cuba untuk OK wlaupun TIDAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Walaupun aku bimbang kat paper account aku tu tetapi apa yang aku terima hari jumaat yang lalu masih mengganggu segenap fikiranku.. Ya ALLAH.. Dugaan yang bnr2 menguji segalanya.. 

Ianya mengenai penyakit ku.. Walaupun tidak 'serius' tetapi jika tidah d ubati ianya akan membawa padah.. Mungkin juga kehancuran.. Tetapi itu bukannya alasan.. Aku lega bila itu jawapan yg keluar dari mulut tunangku yang tersayang..

Biarlah kami sekeluarga sahaja yg mengetahui.. Kali ini aku bnr2 harus berusaha.. Mengubatinya.. Terima kasih buatt mak bapak, abg dan tunangku yg tetap berada di sisi memberi dorongan semangat dan membuat aku terus kuat menempuh kehidupan yang akan dtg meskipun aku tahu mereka pasti begitu risau..

Buat sayang, 'mek tawuk macam2 penyakit mek. hilang cgek da agik nak baru tok.. terima kasih sbb ktk terus ada disisi mek.. sabarlah ya dugaan kata syang.. yup bnr... walaupun kali tok ya bnr2 mengegar hati dan perasaan syg kan? insyaALLAH syg mun da rezeki xkan kemana syg.. mek akn cuba terbaik syg.. makan ubat supaya kmk dpt normal mcm perempuan lain... mek rasa bulan tok lamak gilak syg keja.. yup mek tawuk smuanya untuk kursus pra kita.. terima kasih syg.. 11.11.11 will be da day syg.. InsyaALLAH.. AMIN AMIN AMIN AMIN.. Smg d permudahkan segala urusan kita syg.. 1 week tok syg da course n test.. so ALL THE BEST ya syg.. syg mst blh punya.. LOVE U syg.. Ku menunggu kehadiranmu bulan depan.. 13 hari lagik syg...'

Buat mak dan bapak mak seh sebab terus ada jaga mek wlau apapun kn... selalu bawak ke hospital.. tggu mek sampey kluar hospital.. beliang bila mek leput.. maaf mak.. maaf pak.. bukan mok mek smua ya.. mun mek d beri pilihan.. mek xmok eee.. tp tiada pilihan bagi mekkan.. xpa.. mek redha.. ketentuan ALLAH.. terima kasih mak terima kasih bapak..

Sukarnya untuk melupakan.. Terfikir kembali bila bersendiri.. Ya ALLAH Engkau permudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat YA ALLAH.. Aku akan cuba untuk gembira dan hapy seperti selalu.. Tetapi mungkin akan mengambil masa.. terima kasih smuanya..


Aku sik suka bah~!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Kali tok klaka bhsa Sarawak... huhuhuhu...

aju sik suka bah d paksa.. aku bukan miak kecik yang pakaiannya pun mok d atur... Di cney tuju hak ku pun?? ermm pleaselah biarlah aku nak pakey apa pun.. bukannya aku seksi pun.. kau seksi da ku kesah??? ku just pakei skirt bah.. huhuhu.. pelekkah aku k skirt?

aku dah nak trn bah tadik siap agik madah tukar loa jeans nun nak pa makei skirt.. huh?? haishhh.. sudahlah semua aku molah.. towel melantak idong pun ku jwak ambik.. tok la yalah smua aku hmola.. sikkan pakaian pun nak ikut kata kau jwak..

Ya aku mls.. bukan sik suka tp lil bit geram bh.. aku nak makey selipar kah wages kah heel kah ya tplg ngn aku la.. bukan ku ngaco ktk pun.. huhuhu.. tgk tempat lah.. juga ikut keselesaan.. aku nak makey bkn kau bah..

Cgek lagik.. tok paling aku sik suka.. baju k ku jalan k hari2 d umah.. sikkan  sik tawuk aku which one baju jln.. which one baju k hari2 d umah.. syg bah aku ngn baju.. baju bagus kunin knk kunyit kh tumpah kicapkh.. huhuhu ku tok lom keja.. meli baju ngumpol duit.. mun x arap mak n bapak or khalic jak meli.. mun sik alu sikda..

paham2 lah sikit.. sik merasa meli nang giya kata bapak ku.. 


Cgek hal tok ku ng sik pat lupak eyhh.. masa ya aku test.. ya hari jemat.. test 2 utk paper account.. dah tok last chance aku mok stay d uitm.. aku lelah2 belaja pas ya bila aku nak pergi test berebut jwak ngna aku nak mandik.. nang si** eyhh yahh.. 

Maka nak pergi pasar jak bukannya penting pun aku tek sik penting nak aku nak g test ajak da apa ngan test nak? yahhh panas ati ku... dah ku turun dari umah kol 7.30 pas ya jem n ada xciden n akhirnya smpy klas dekat nak kol 9 pagi.. test abis kol 10..

huhuhu dah besar markah test 2.. carry mark ya.. bila aku sampey aku terus molah n bila masa abis akhirnya aku x siap.. knak x best agik ya.. aku gagal.. aku kecewa sebab aku sik sempat molah.. aku tawuk molah bnda ya.. huhuhuhu..

Abis jak test aku nangis.. sik dapat d tahan2 aek mata ku.. sa nak balit umah kenek nerajang muka miak ya.. dah lah aku rasa down glak sbb tok last chance aku untuk terus stay d sia.. walaupun paper lainku cemerlang, paper ya gagal.. bye2 UiTM lah alamatnya..

kenak x sedeh agik.. aku dah dekat nak abis oi.. gara2 cgek subjek aku x pat truskan pjuanganku..aku takut.. bukan apa.. harapan mak bapak ku setinggi gunong ngn aku.. akulah harapan.. aku lah sgalanya.. berat bahuku mbak smuanya.. tp aku akan kecewakannya org..

Walaupun keputusan lom kluar p aku tawuk bah.. Kemungkinan ya tinggi.. Bila ku nga muka mak n bapak ku mesti ku sedeh sa nak nangis jak2 aihh benar.. bila ku ingat ngn harapan tunangku aku pun sa nak nangis.. ya ALLAH.. jika tok lah cobaanmu aku redha..

Walaupun aku rasa kecewa ilak.. aku tetap buat2 dirik ku happpy untuk menghapuskan smuanya.. tetapi aku sik pat lamak.. pas ya aku mesti ngis.. huhuhu

Aku sedeh bah.. aku dah usaha.. tp mun sik pat mcam ney?? bapak ku madah ''sik apalah dek, mungkin rezeki ktk bukan d sia'' nya memahami aku tapi yang lain? hanya menunding jari..

mesti macam2 persepsi akan kluar kelak.. jgn sampy aku ngamaok udah lah.. siapa knal ngn aku tawuk aku ngamok mcm ney.. sabar aku pun da batasnya...

oklah klak cerita agik.. aku just nak madah AKU BUKAN ASUK JALANAN NAK DPT DI ANOK D SUMPAH D APA2 JAK.. aku pun da hati da perasaan bah.. bukan patong.. binatang agik pndy merajuk.. pandey manas.. aku sik pandey manas tek nak.. aku kuat.. aku sik pandey kepak.. takorg semua pandey kepak... arkhhhhh

aku tok bukan org bagus bah.. anok jak cya anok aku sik kesah janji takorg senang tp ktkorg harus ingat.. siapa sik penah molah salah?? semua pernah molah salah bah.. aku pun manusia biasa sama ngn orang lain.., aku sik pernah di mintak hamburan wang ringgit..

hamburan apa jak yang aku mok.. semua pasti aku dapat tapi aku bukan mawok ya.. aku mok kaseh sayang.. yup aku syukur aku ada semuanya.. semua aku dapat tapi ingat semua ya sik datang ke cney2 bah.. 

huhuhu.. hati yang panas.. makan hati berulam jantong bah..

Isnin, 22 November 2010

Jalanraya bertukar wajah~ menjadi HIGHWAY?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Rasanya sebelum ini aku pernah menceritakan mengenai penaikkan taraf jalan raya di hadapan rumahku.. Debu semakin kurang jalan raya hampir siap.. Lampu sudah di pasang.. Tiada lagi gelap gelita..

Jika sebelum membikinannya banyak kemalangan jalan raya yang di laporkan tidak kurang juga kemalangan jiwa.. Semenjak jalan raya hampir siap.. Aku rasakan kurang sedikit kemalangan tetapi masih perlu berhati2 kerana belum siap sepenuhnya.. 

Memang tinggi jalan raya dari rumahku.. wahh.. lau hujan lebat ni abehh ar kami..huhuhu..

Walaupun 'highway' ni tak sehebat di semenanjung Malaysia tp cukup mengerikan untuk diratapi.. 

Disini ku sertakan gambar 'highway' yang hampir siap.. tetapi aku lupa untuk menangkap gambar jln raya yg sebelumnya.. mungkin gambarnya ssh sgt nak d tangkap.. aku penat hahhaha.. Maaf kerana akhirnya aku loyar buroks hahahah

View tengah malam.. Kureng kereta.. Kalau malam tadi tak blackout mungkin aku malas untuk berdiri d luar rumah hahahha

[klik gambar untuk tumbesaran]




Dan ini pula model HIGHWAY JALAN SULTAN TENGAH :p hehehhehe



Ahad, 21 November 2010

Keciwa

assalamualaikum dan selamat sejahtera.
 
Hari ni aku keluar nak pergi umah bakal mak mentuaku. Sebelum kesitu aku sempat berhenti ke suatu tempat untuk menangkap gambar. Entah kenapa perlu di tangkap mungkin gambar tu berlari.. hahahha..
 
Setelah bersusah payah aku berposing disana dan disini, tiba d rumah tunangku, gambar yg di tangkap tadi hilang?? wa...... memang keciwa habis.. 

Bila camera bukan sahaja di tanganku, itu yang payahnya.. huhuhu.. Memang rasa nak mengamuk habis.. arkhhh... sabar ninie.. Sabar.. Mungkin apa yg berlaku ada hikmahnya.. 

huahuahua.. tadi panas sekarang suda sejuk.. ehhehehe..

Jumaat, 19 November 2010

Kerana terlalu taksub nak tangkap gambar part2

Ini part ke 2..

Hanya gambar untuk tontonan anda semua...
Sematan Palm Beach Resort, Sematan, Sarawak..

ini hanya hobi semata2.. huhuhu

tak pandai sgt nak tangkap gambar.. main gohead je.. hahaha.. enjoy.. mahu belajar siapa mahu membantu????

klik pada gambar untuk tumbesaran...






Khamis, 18 November 2010

Kerana terlalu taksub nak tangkap gambar

Assalamualaikum & Selamat sejahtera..

Hari ini ninie nak kongsikan gambar yg ninie tangkap kat Sematan Palm Beach Resort, Sematan, Sarawak..

Gambar yang membawa seribu kenangan.. nak tau kenapa? kerana nak tangkap gambar kat pantai ni la ninie balik lewat n sampai pukul 10 malam kat umah..

Mak ninie mengamok giler... Siap tggu depan umah lagi.. huhuhuhu bukan selalu ninie balik lewat macam tu.. Nasib baik kena bedal guna mulut je.. Memang nangis2 la ninie time tu..

Bukan ninie tak bagitau pun.. Ninie dah cakap.. Tak taulah sampai mcm tu sekali.. Kalau bapak ninie ada kat umah masa tu selamat lah sikit.. Bapak pergi travelling :(

Sejak peristiwa hitam itu, julong kalinya ninie di amuk ninie dah serik dah..

Kalau bapak tak ada kat umah sebelum marghrib mesti dah sampai umah dah.. Hari tu nasib baik abg ninie tolong leraikan.. Mak siap kejar sampai lam bilik lagi.. hehhehe

Inilah gambarnya :) Ada lagi tp malas la nak letak ehhehe


[KLIK PADA GAMBAR UNTUK TUMBESARAN]

Alhamdulillah ninie tak ambik hati pun.. Mak marah sebab dia sayang.. Ninie tau tu.. Mana taknya, the only daughter dlm family.. Hati seorang ibu.. I love U mak..

Memang takkan lupa peristiwa hitam ini.. heheheh..

Email dr SAHABAT~ Utk peringatan diri sendiri..

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 2. isterinya , 3.anak perempuannya , dan 4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 2. ayahnya, 3. anak lelakinya dan 4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..



Aku selesa begini

Aku lebih suka dan selesa begini

Berseorang bila kamu tiada di sisi

Walaupun kdgkala air mata jatuh tak berhenti

Merinduimu disini setengah mati

Meskipun sunyi & sepi

Aku akan tetap terus menanti

Sampai masanya nanti

Kita juga akan temui

Impian yang kita impi

Tementerai ikatan abadi

Juga ikatan suci

Sampai akhir nanti.

InsyaALLAH dengan izin Ilahi..

AMIN~~ :)

Aidiladha~~

Aidiladha menjelang tiba

Tetapi di kau masih tiada

Semuanya tidak mengapa

Kau bukan pergi untuk bersuka ria

Pergi berjuang menyara keluarga

Semoga kau sihat sentiasa

Walaupun kau beraya di labuan sana

Sepuluh jari dihulur ampun maaf di pinta

Selamat Hari Raya Aidiladha~~


Ini hanya coretan nota

Meluahkan apa terbuku d minda

Luahan rasa jeritan jiwa

Semoga baik-baik sahaja disana

Jaga diri jaga ssemuanya

Akhir kata

Aku merinduimu cinta

Terima kasih kerana meluangkan masa

Untuk membacanya..

Mari kita gelak ketawa..

hahaha

Akhir kata Selamat Hari Raya AIdiladha semuanya :)