Salam & selamat sejahtera,
Aku mulai blurr. Tak tau nak cerita tentang apa. Aku memutuskan untuk bercerita mengenai nenek akiku yang tersayang.
Hari ini, dengan berbekalkan camera canon pemberian daddy ku, aku pergi menemui nenek aki ku iaitu ayah kepada daddyku untuk menangkap gambar kenangan. Nek Aki sungguh gembira. "Kacak nar jwak gambar ya udah jadi nie o0oo.." ujar Nek Aki..
Ini dia Nek Aki ku sayang. Indian Muslim yang di lahirkan di West Coast Land, Singapura ini mulai berhijrah di usia mudanya. Dia pergi belayar mengikut kapal. Mengikut kapal belayar dan menetap di Sumatera, Indonesia dan bekerja di situ selama 15 tahun kalau x silapku.
Anak rantau dari Singapura ini menemui jodohnya di Sambas, Indonesia lalu mengahwini Allahyarhamah Nek Wanku dan mereka menetap di Pulau Trombol, Sarawak dan menjadi warganegara Malaysia. Menjadi penduduk Sarawak yang tetap..
Mereka di kurniakan tujuh (7) orang anak yang terdiri daripada lima (5) putera dan dua (2) puteri. [Daddy aku salah seorg drpdnya]. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat perempuan yang menjadikannya tiga (3) puteri di dalam keluarga (tetapi sudah meninggal seperti aku pernah ceritakan di entry yang lepas2).
Kini, hanya yang tinggal Nek Aki dan 7 orang anaknya dan cucu dan cicitnya. Pemergian Alllahyarhammah Nek Wan pada tahun 2008 amat meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup Nek Aki.
Nek Aki kini meniti hidupnya hanya bersama anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit yang tercinta tanpa isterinya di sisi. Apabila di tenung matanya, nun jauh nampak cahaya-cahaya kesedihan di dalam anak matanya. Tetapi apakan daya. Kita hanya merancang. ALLAH SWT yang menentukannya.
Semoga ALLAH SWT memudahkan segala urusan Nenek Aki di dunia dan di akhirat. Semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki. Walaupun kesihatannya tidak berapa memuaskan, tetapi dia tetap gagah bangun untuk mengembirakan hati anak-anaknya..
Terima kasih Nek Aki. Saya bangga menjadi cucu kamu. Kamu hebat. Juga bangga menjadi generasi Indian Muslim :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan