say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Ahad, 9 Mei 2010

Apakah kepercayaan bagi anda???

Salam & selamat sejahtera,

Kepercayaan di dalam kamus dewan bermaksud sesuatu yang dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll).

Kepercayaan kepada ALLAH SWT. Itu yang penting. Tetapi apa yang ninie nak cakapkan sekarang adalah kepercayaan di dalam perhubungan. Perhubungan antara manusia dengan manusia.

Bagi pendapat ninie, kepercayaan sangat penting di dalam sesebuah hubungan. Apakah erti perhubungan tanpa kepercayaan antara satu sama lain?

Ya memang benar. Tetapi bagaimana pula jika kepercayaan yang di berikan telah hilang? Dapatkah kepercayaan itu di kembalikan seperti sebelumnya? Bagi ninie jika kepercayaan di dalam perhubungan sudah hilang, itu akan menjadi masalah.

Ninie berkata begitu kerana jika sudah tidak percaya antara satu sama lain, was-was dan syak wasangka akan menguasai dan semuanya akan meruntuhkan perhubungan itu sendiri. Tetapi hilangnya kepercayaan mesti ada sebab nya sendiri.

Kepercayaan yang hilang sukar untuk di kembalikan seperti sediakala. Ianya mungkin akan kembali tetapi mengambil masa. Mungkin mengambil masa yang agak lama. Mungkin juga tidak.

Seperti lagu yang di nyanyikan oleh Ella bertajuk Pedih. Jika di hayati, kepercayaan hilang kerana tidak ada kejujuran..

"Bukan kecewa dipinggirkan.. Aku kecewa tiada kejujuran.. Bukan bersedih disakiti.. Teramat pedih diri dikhianati.."

Semuanya sebenarnya terpulang kepada kita sendiri. Tepuk dada tanya iman. Jangan tanya selera. Kalau tanya selera ebehh arrr..

Apakah pula kepercayaan bagi pendapat anda?

2 ulasan:

  1. *tiada Tuhan yang layak disembah selan ALLAH

    BalasPadam
  2. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain ALLAH
    dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH~

    BalasPadam