Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
MHI TV3 10 October 2012 yg lepas ada memaparkan kisah bayi Ahmad Adam Syukri, dari Sarikei Sarawak.
Copy paste dari blog yang copy dari FB Adam
AHMAD ADAM SYUKRI
Lahir: 4/3/12 TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PADA SARAF OTAK.
Lahir secara vacuum pada 04-03-2012 dan sewaktu kelahirannya Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scan MRI menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk. Adam tidak pandai menelan airliur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup. Juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. Mata kanan mengalami injured, telinga kanan tidak dapat mendengar kerana kerosakan. Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak.
Yang sayu, bila mendengar sendiri si ibu Noraisah begitu sabar dan tabah. Tidur cuma sejam sehari kerana menjaga Adam seperti menatang minyak yang penuh.
Sebak bila dia:
“Jika saya pergi dulu, saya harap suami saya akan terus jaga Adam sepertimana saya menjaga Adam sekarang.”
“Jika ini yang dianugerahkan Tuhan kepada saya, saya terima Adam. Saya doa semoga Adam akan sihat, kan Adam?” sambil bercakap sambil melihat Adam. Dicium Adam.
“Saya ingin nak lihat Adam sihat dan membesar dan memanggil saya, ‘Mama’”.
“Adam tidak pernah membebankan saya, kan Adam?” kembali melihat wajah Adam.
“Adam anak yang baikk...”
*Lagu latar adalah lagu nyanyian Aishah, Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu. Pilu :'(
Kepada sesiapa yg mahu menghulurkan sumbangan kepada adik Ahmad Adam Syukri:
Noraisah Mohamad Malena (ibu Adam)
Maybank 161136331818
CIMB 02040007292201
Ini pula alamat kediaman adik Adam bagi siapa yg mahu menghlurkan bantuan terus ke rumahnya:
NORAISAH MOHAMAD MALENA,
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU,
JALAN JAMBU SELATAN,
96100 SARIKEI SARAWAK
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU,
JALAN JAMBU SELATAN,
96100 SARIKEI SARAWAK
Mari sama-sama kita berdoa untuk adik adam ini seperti mana kata ibunya, “saya akan jaga Adam selama mana Allah pinjamkan dia kepada saya. Saya bangga kerana dapat peluang menjaga seorang ahli syurga.”
Semoga di permudahkan segala urusan adik Adam.
semoga adam cepat sembuh amin!
BalasPadam