Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Bersua kembali kita pada hujung minggu yg indah.. Kali ini ninie nak mengulas novel yg ninie sudah baca iaitu novel yg bertajuk, Usai.. Aku terima nikahnya karya Umie Nadzimah dan di terbitkan oleh Karya Seni.
Jangan marah ninie kalau ulasan terabur dan x seberapa. Ini 1st time ninie buat review novel. ehhehe
Novel di atas mengisahkan penderitaan seorg anak yatim piatu yg bernama Puteri Nur Aina di paksa berkahwin dengan 'saudara angkat'nya. Semuanya sudah di rancang keluarga angkat Allahyarhammah ibunya ataupun anak angkat datuknya untuk mengambil harta peninggalan Allahyarham datuknya.
Tanpa rela, tanpa setuju, Puteri Nur Aina selamat d ijab kabulkan dengan Iskandar Hafiz. Anak sulong lelaki tunggal 'Mak Long'nya. Perkahwinannya tidak seperti perkahwinan org lain. Perkahwinan nya ringkas dan hanya keluarga yg hadir.
Iskandar Hafiz sebelum ini mempunyai kekasih hatinya pilihannya sendiri iaitu Wan Marini. Perkahwinannya dengan Puteri Nur Aina di rahsiakan. Hidup Puteri seumpama 'neraka' apabila d layan mertua serta iparnya seperti sampah. Puteri hanya mampu bersabar dan mendiamkan diri.
Selepas berkahwin, Puteri mengikut Iskandar Hafiz dan tinggal jauh dari keluarga mertuanya. Ini membuatkan Puteri lega, tenang juga berterima kasih dengan suaminya.
Puteri bebas untuk memasak bebas utk segalanya d rumah mereka. Tidak apa untuk d takutkan. Semakin hari suaminya semakin menunjukkan 'respon' yg baik. Tanpa sedar mereka telah jantuh cinta..
Namun 'panas d sangka sampai ke petang, namun hujan d tengahari'. Atas desakkan keluarga juga kekasih hati, Iskandar Hafiz terpaksa meninggalkan isteri yg d cintainya. Tindakkannya supaya isterinya tidak d sakiti lagi namun tanpa sedar, tindakkannya banyak menyakiti Puteri..
Kehadiran "BFF" Iskandar Hafiz, Khalif telah banyak membantu Puteri menjalani hidupnya juga kandungannya. Puteri di tinggalkan tanpa sebarang berita selama beberapa tahun. Dalam masa tersebut puteri menyambung belajar dan membuka restorannya sendiri dengan bantuan Khalif.
Puteri seorg "JUTAWAN" namun berperwatakkan sederhana. Suaminya mahupun Khalif sendiri tidak mengetahui d mana Puteri memperolehi duit tersebut.. Namun atas usaha, dengan wang peninggalan datuknya puteri membuka restorannya sendiri.
Kepulangan suaminya yang tidak d undang d restoran milik Puteri memedihkan lagi luka lamanya. Namun tidak ada lagi perasaan cintanya buat si suami. Kehadiran anaknya bersama Iskandar Hafiz iaiti JI menjadi penghibur kepada hidupnya juga Khalif. Selama ini kehadiran JI d rahsiakan dan akhirnya Iskandar Hafiz mengetahui itu adalah anaknya.
Walaupun tidak d undang namun kehadiran Iskandar Hafiz membuat Puteri semakin nekad untuk memutuskan hubungannya. Tanpa rela, akhirnya Iskandar Hafiz menceraikan isterinya supaya Puteri gembira dengan pilihan hatinya sekaligus menebus kesalahannya selama ini..
Selepas bercerai dengan Iskandar Hafiz, Puteri akhirnya menikahi Khalif. Khalif rupanya ank kepada peguam Datuknya yg menguruskan harta pusakanya. Namun hidup Khalif tidak panjang. Sebanyak mana Puteri menyayangi Khalif, namun Allah lebih menyayangi suaminya.
Setelah beberapa tahun berkahwin dan d kurniakan cahaya mata, Khalif meninggalkan Puteri kerana ada ketumbuhan di otaknya. Pemergian Khalif d terima dengan hati yg redha. Walaupun kebahagiaan hanya sementara.
Namun kehadiran semula Iskandar Hafiz atas rancangan anaknya JI dan Allahyarham Khalif sekali lagi mengubah hidupnya. Akhirnya Iskandar Hafiz menikahi Puteri dan mereka sekeluarga hidup dengan gembira..
Itu sahaja ehhehe nak tau lagi? bacalah sendiri hehehehe...
tebal sik?
BalasPadam