say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Selasa, 20 Disember 2011

Info Kesihatan: Khasiat Bawang Putih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Kali ini nine nak berkongsi mengenai khasiat bawang putih yg ninie baca dari SINI.

Sebenarnya aku mulai mencuba memakan bawang putih semalam setelah mendapat tahu khasiat bawang putih dari suami tercinta. Jom kita baca khasiat bawang putih untuk kita..


PENDAHULUAN


Bawang putih atau nama saintifiknya: Allium sativum,L. telah lama dikenali sejak berabad-abad lamanya. Malahan tumbuhan istimewa ini telah digunakan oleh hampir semua masyarakat di dunia. Ini adalah kerana ciri-cirinya yang amat memberi manfaat. Contohnya, ahli farmakopoeia Li Shih-Chen yang terkemuka di zaman Dinasti Ming telah mendokumenkan banyak faedah bawang putih terhadap kesihatan dalam bukunya yang berjudul The Compendium of Materia Medica. Bawang putih adalah sefamili dengan bawang merah atau nama saintifiknya: Allium cepa,L Kedua-dua tumbuhan ini telah dinamasaintifikkan oleh Carl Linnaeus iaitu Bapa Taksonomi Moden.

Khasiat bawang putih bukan sahaja terletak pada bebawangnya. Daun bawang ini turut mempunyai khasiat yang tersendiri dan boleh dimakan. Malahan kulit bawang ini juga turut boleh dimanfaatkan. Contohnya dalam masyarakat Melayu terutamanya dinegeri-negeri selatan Semananjung Malaysia, kulit bawang putih digunakan untuk membuat telur pindang bersama-sama bahan yang lain. Ia dikatakan mampu membuatkan rasa telur tersebut lebih enak selain daripada meninggalkan aroma yang tersendiri.




KHASIAT BAWANG PUTIH SECARA SAINTIFIK

PENCERNAAN
Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan nafsu makan.Apabila dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur. Ia meluaskan tindakan pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam perut. Ia juga meningkatkan perembesan cecair usus dan meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat. Selain itu, bawang putih mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakan individu.

PENYAKIT KARDIOVASKULAR
Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang 'jahat' contohnya LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.

BARAH
Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.

FUNGSI ORGAN
Apabila bawang putih dimakan mentah, dialil sulfida membentuk hidrogen sulfida di dalam badan. Ini dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat antibiotik dan tindakan ransangan berlaku. Melalui saraf spina dan vagus, hidrogen sulfida meransang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.

TAHAP GULA DALAM DARAH
Bawang putih mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesan. Ini amat penting bagi memastikan tiada gula berlebihan dalam badan. Apabila tahap gula berlebihan dalam tubuh , individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan penyakit yang paling digeruni ialah kencing manis.

Ahad, 18 Disember 2011

Review Novel : Usai.. Aku terima Nikahnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Bersua kembali kita pada hujung minggu yg indah.. Kali ini ninie nak mengulas novel yg ninie sudah baca iaitu novel yg bertajuk, Usai.. Aku terima nikahnya karya Umie Nadzimah dan di terbitkan oleh Karya Seni. 

Jangan marah ninie kalau ulasan terabur dan x seberapa. Ini 1st time ninie buat review novel. ehhehe


Novel di atas mengisahkan penderitaan seorg anak yatim piatu yg bernama Puteri Nur Aina di paksa berkahwin dengan 'saudara angkat'nya. Semuanya sudah di rancang keluarga angkat Allahyarhammah ibunya ataupun anak angkat datuknya untuk mengambil harta peninggalan Allahyarham datuknya.

Tanpa rela, tanpa setuju, Puteri Nur Aina selamat d ijab kabulkan dengan Iskandar Hafiz. Anak sulong lelaki tunggal 'Mak Long'nya. Perkahwinannya tidak seperti perkahwinan org lain. Perkahwinan nya ringkas dan hanya keluarga yg hadir.

Iskandar Hafiz sebelum ini mempunyai kekasih hatinya pilihannya sendiri iaitu Wan Marini. Perkahwinannya dengan Puteri Nur Aina di rahsiakan. Hidup Puteri seumpama 'neraka' apabila d layan mertua serta iparnya seperti sampah. Puteri hanya mampu bersabar dan mendiamkan diri.

Selepas berkahwin, Puteri mengikut Iskandar Hafiz dan tinggal jauh dari keluarga mertuanya. Ini membuatkan Puteri lega, tenang juga berterima kasih dengan suaminya.

Puteri bebas untuk memasak bebas utk segalanya d rumah mereka. Tidak apa untuk d takutkan. Semakin hari suaminya semakin menunjukkan 'respon' yg baik. Tanpa sedar mereka telah jantuh cinta..

Namun 'panas d sangka sampai ke petang, namun hujan d tengahari'. Atas desakkan keluarga juga kekasih hati, Iskandar Hafiz terpaksa meninggalkan isteri yg d cintainya. Tindakkannya supaya isterinya tidak d sakiti lagi namun tanpa sedar, tindakkannya banyak menyakiti Puteri..

Kehadiran "BFF" Iskandar Hafiz, Khalif telah banyak membantu Puteri menjalani hidupnya juga kandungannya. Puteri di tinggalkan tanpa sebarang berita selama beberapa tahun. Dalam masa tersebut puteri menyambung belajar dan membuka restorannya sendiri dengan bantuan Khalif.

Puteri seorg "JUTAWAN" namun berperwatakkan sederhana. Suaminya mahupun Khalif sendiri tidak mengetahui d mana Puteri memperolehi duit tersebut.. Namun atas usaha, dengan wang peninggalan datuknya puteri membuka restorannya sendiri.

Kepulangan suaminya yang tidak d undang d restoran milik Puteri memedihkan lagi luka lamanya. Namun tidak ada lagi perasaan cintanya buat si suami. Kehadiran anaknya bersama Iskandar Hafiz iaiti JI menjadi penghibur kepada hidupnya juga Khalif. Selama ini kehadiran JI d rahsiakan dan akhirnya Iskandar Hafiz mengetahui itu adalah anaknya.

Walaupun tidak d undang namun kehadiran Iskandar Hafiz membuat Puteri semakin nekad untuk memutuskan hubungannya. Tanpa rela, akhirnya Iskandar Hafiz menceraikan isterinya supaya Puteri gembira dengan pilihan hatinya sekaligus menebus kesalahannya selama ini..

Selepas bercerai dengan Iskandar Hafiz, Puteri akhirnya menikahi Khalif. Khalif rupanya ank kepada peguam Datuknya yg menguruskan harta pusakanya. Namun hidup Khalif tidak panjang. Sebanyak mana Puteri menyayangi Khalif, namun Allah lebih menyayangi suaminya. 

Setelah beberapa tahun berkahwin dan d kurniakan cahaya mata, Khalif meninggalkan Puteri kerana ada ketumbuhan di otaknya. Pemergian Khalif d terima dengan hati yg redha. Walaupun kebahagiaan hanya sementara.

Namun kehadiran semula Iskandar Hafiz atas rancangan anaknya JI dan Allahyarham Khalif sekali lagi mengubah hidupnya. Akhirnya Iskandar Hafiz menikahi Puteri dan mereka sekeluarga hidup dengan gembira..

Itu sahaja ehhehe nak tau lagi? bacalah sendiri hehehehe... 

Jumaat, 16 Disember 2011

Percubaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Hari ini ninie try nak update guna galaxy. Mcm mana rupa klua nanti pun ninie xtau. Hehehhe kalau ok oeh la update guna ni. Di mana2 pun bolehkan..


Itu shajanutk hari ini.. Semoga d permudahkn urusan pembaca sekalian.. Amin


Published with Blogger-droid v2.0.2

Khamis, 15 Disember 2011

Entri Buat Daddy Tersayang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Setelah berkurun lamanya blog ini, ninie biarkan melayang2 seperti layang2 terputus talinya hari ini, ninie mahu mulai mengaktifkannya semula. sekurang-kurangnya 1 entri sehari.

Itu harapan ninie saja. Kalau ada kesempatan masa pasti ninie update hari2.. Kali ini ninie d serang penyakit malas. Terasa sunyi d sini kan sahabat2 sekalian?? ehehhe

Ok berbalik pula kepada tajuk entri. Ninie mengucapkan jutaan terima kasih buat daddy tersayang.. Setelah sebulan mendirikan rumah tangga, daddy telah menghadiahkan "gadget" utk memudahkan urusan bisnesku katanya. 

Terima kasih daddy tanpa d duga tanpa d sangka ada sahaja sesuatu untuk ninie. Ninie d suruh memilih antara 3 iaitu "Blackberry Playbook", 'Ipad2' dan 'Galaxy Tab 8.9'. Atas perbincangan bersama suami tercinta kami memilih ini



Galaxy Tab 8.9 White menjadi pilihan hati..

Walau bejuta jasa daddy xkan mungkin terbalas.. terima kasih dr kami berdua.. Semoga daddy d panjangkan umur, di murahkan rezeki dan d kurniakan cucu cepat ehhehe.. amin...

itu sahaja entri kali ini.. nak cari nak post entri apa pulak esok ek? ehehehhe