say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Khamis, 31 Mac 2011

Beza Air Mani dengan Mazi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Kali ini kita bersua, ninie nak share artikal yg ninie baca.. Ianya berguna dan beza nya tidak batal puasa dan batal puasa.. Untuk infomasi kita bersama..

SOALAN 
SAYA akan berkahwin awal tahun depan tetapi saya keliru antara air mani dan air mazi. Apakah perbezaannya. Apakah pengeluaran air mazi juga boleh membatalkan puasa seseorang?

PUTERI HANG LI POH, Melaka






JAWAPAN
AIR mazi perempuan ialah cecair yang keluar ketika wanita itu ghairah dan cecair itu ialah lelehan daripada faraj, pundi bartholin dan pundi vestibule yang terletak di permukaan ‘vulva’ atau bahagian antara bibir kecil.

Air mazi boleh keluar ketika perempuan itu membaca buku romantis atau menonton adegan mengghairahkan seperti, pasangan sedang bercumbuan dan bersentuh. Bagaimanapun, air mazi tidak membatalkan puasa seseorang.

Air mani pula ialah cecair yang keluar akibat rangsangan anggota syahwat dengan tangan iaitu menyentuh klitoris atau keseluruhan vulva atau dengan merangsangkan pembukaan kemaluan dengan alat penggetar.

Cecair yang keluar itu kadangkala meleleh dan jarang sekali memancut. Air mani perempuan tiada benih (air mani lelaki mengandungi benih atau sperma) dan lelehan itu datang dari pundi para urethral dan semacam air kencing dan kadangkala berbau seperti air kencing tetapi bukan air kencing.


Jika perempuan mencapai kemuncak dan ada lelehan dari kemaluannya, itulah air mani dan jika pengeluarannya berlaku, ia membatalkan puasa.


(http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Doktor/20041107110514/Article/)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan