say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Sabtu, 21 Mac 2009

Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH S.W.T

20 March 2009 bersamaan dgn hari Jumaat. Hari yang indah :)

Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi dengan limpah kurnianya Sheryl my classmate and I menang accounting game petang tadi. Kemenangan yang tidak di jangka ini telah membuatkan aku berasa sangat gembira. 

Aku BOLEH! Game ini julung-julung kalinya di anjurkan oleh Fakulti Perakaunan, UiTM Samarahan. Akhirnya aku dan Sheryl melakar sejarah yang pertama. Pada awalnya, aku menyangkakan yang my team takkan sampai ke final. Ini adalah kerana aku tidak study pada malam itu. I mean malam sebelumnya. Aku hanya menolong ibuku memasak di dapur. 

Pada keesokkan harinya pula aku pun tidak mentelaah buku. walaupun hanya membuka. Tibanya di Auditorium 1, aku hanya mampu berserah, redha dan bertawakal sahaja dengan apa yang bakal aku jalani semasa pertandingan itu berlansung. 

Kaki tanganku menggeletar kesejukkan. Bukan kerana sejuk tapi kerana ketakutan yang teramat sangat. Almaklum lah, tak membuat preparation. Bersyukur saya ke hadrat ilahi sekali lagi kerana atas bantuan ALLAH S.W.T aku mampu melangkah sejauh itu. 

Berbaloi pemergianku pada petang itu. Pemergiaan yang tidak sia2 kerana pulang dengan hati yang berbunga-bunga. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan