say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Isnin, 24 September 2012

Info Kucing: Virus Kucing Yg Membunuh!

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Entri kali ini niie nak kongsi dengan pembaca sekalian mengenai 'Virus' kucing yg tiada ubatnya. Nama virus tersebut adalah "Feline Parvo"

Semuanya bergantung dengan antibodi kucing masing2. Jika antibodi kuat melawan virus, maka kucing terbabit akan selamat menempuh saat kritikalnya. Jika tidak, ianya mungkin akan membawa umur kucing terbabit..

Kepada sesiapa yg mempunyai kucing peliharaan, sila ambil perhatian. Sila klik gambar utk tumbersaran.



 Ini nota yg diberikan oleh PrimaVet Clinic kepada ninie semasa membawa kucing ninie yg positive di jgkiti virus tersebut. 

Jika kucing2 anda mempunyai simptom di atas, sila asingkan dari kucing anda yg lain. 

1. Asingkan tempat tidur, makan, minum dan semuanya.

2. Pastikan tangan anda d cuci sebersih mungkin selepas memegang kucing yg sakit sebelum anta memegang kucing anda yg lain.

3. Jaga kebersihan. Jumpa Vet jika anda sayangkan kucing anda..

Sekian sahaja perkongsian kita pada hari ini.. semoga simanja anda sihat sentiasa. 




Jumaat, 21 September 2012

Info Kesihatan: Manfaat & Khasiat Madu Lebah

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua..


Tahukah anda semua madu lebah sungguh berkhasiat dan memberi banyak manfaat kepada kita? Jom kita baca manfaat dan khasiat madu lebah bukan sahaja utk ibu2 mengandung, juga buat semua peringkat umur.
A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:

Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

“MIRACLE ANTIBI0TIK”
SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata – Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

Perhatian:
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.



**info dari Lubuk Petua Warisan

Khamis, 20 September 2012

Tip Bersalin: Kerap Bersetubuh Dengan Suami Permudahkan Bersalin??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Kali ini ninie nak kongsikan 10 Cara mudah Bersalin Normal yg ninie baca n copy n paste dari -->SINI<-- Terima kasih Puan Nor atas perkongsian anda :)

Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Puan Nor ada amalkan semasa mengandung anak pertama.  Alhamdulillah mudah bersalin.

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan.  Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :).  Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan.  Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi.  Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.


10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.  Salah satunya seperti di bawah :

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) . 
 


Sumber tambahan :
http://pakbidan.blogspot.com/2011/02/cara-mudah-bersalin.html
http://mrsandrenoidx.blogspot.com/2012/03/cara-cara-mudah-bersalin-cepatkan.html
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-110556.html
http://dsarah.fotopages.com/?entry=1980919

Semoga tips itu nanti dpt membantu dan berguna buat bakal2 ibu lagi2 yg pertama kali mcm ninie. Semoga di permudahkan urusan kelahiran kita bersama nanti.. InsyaAllah.. aminn

Rabu, 19 September 2012

Set Bersalin Oh Set Bersalin

Assalamulaikum & salam sejahtera semua..

Alhamdulillah bersyukur akhirnya setelah sekian lama 'sibuk' baru hari ini berkesempatan utk mencoret d blog kesygan ninie yg dh penuh dgn habuk ini.. hehehe

Ok pertama sekali ninie nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca sekalin yg tidak jemu melawat membaca dan mencari info berguna d dlm blog ini.. terima kasih semua atas sokongan anda semua..

Kali ini, ninie nak bertanya pendapat org yg berpengalaman mengenai 'Set Bersalin' terbaik di pasaran. Naik buntu dh semuanya mempunyai testimonial tersendiri. Masing2 ada kelebihan nya tersendiri.. Ninie sungguh teruja mungkin kerana kali pertama?

Ok di pendekkn cerita, ninie dah survey 2 jenis produk ni.

 Pertama, Set bersalin Tropical Herbs (Amway) 


dan kedua Set bersalin NR yg lebih d kenali dgn nama Nona Roguy.


Itu d antara produk yg nampak sengit saingannya. Apa bula pendapat ibu2 di luar sana? Atau ada cadangan produk lain?

Pendapat dan cadangan pembaca sekalian amatlah saya hargai dan di dahului dgn ucapan jutaan terima kasih :) Semoga dpt membantu ninie dlm memilih Set Bersalin nanti.. 

Semoga d permudahkan segala urusan kita bersama dunia dan akhirat. InsyaALLAH. Amin..

**gambar produk ninie google je.