say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Jumaat, 6 Mei 2011

Kejutan Lagi dari Daddy (T_T)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah atas rezeki yang melimpah ruah pada 2011 ini.. Antara sedar atau tidak, sungguh banyak yang tidak di jangka pada 2011 ini..

"Ya ALLAH Ya Tuhanku yang Maha Pemurah Maha Penyayang, Maha Pemberi terima kasih atas nikmatMU.. Semoga semakin dimurahkan rezeki.. AMIN"

Seminggu yang lepas ninie dpt ini, kejutan hadiah dari daddy tercinta..

nokia E7


View dr belakang

Pada hari ini, ninie sekali lagi mendapat kejutan dari daddy tercinta.. 

1st Rayban from Jee Kwong.. Menukar cermin rayban original dengan transition automatic apabila terkena matahari with degree.. 


2nd is Kereta kancil 2nd hand with rugget rim, seat.. sungguh memeranjatkan apabila salinan kad pengenalan d perlukan untuk menukar nama.. Still in progress,, Tukar enjinn.. nanti ninie upload kalau dah siap..

Terima Kasih buat ayahanda tercinta ENCIK RABUDIN BIN AHMAD.. Semoga dipanjangka umur.. Semoga di murahkan rezeki.. Semoga di permudahkan segala urusanmu di dunia dan akhirat.. AMINN.. 

Semuanya bukan segala2nya.. Itu kataku, namun katanya, itu kemahuannya dan azamnya sejak dahulu lagi..

Bagiku "hadiah" or "kejutan" bukan OBJEKTIF.. Syukur Alhamdulillah dengan kehidupan kasih sayang pelajaran ilmu didikan yang ayah berikan.. Semuanya takkan MAMPU untuk aku membalasnya..

Jika begitu membuatmu gembira ayahanda, ninie juga gembira..

Kita berjumpa lagi nanti, ninie harus tidur setelah setengah hari sampai 10pm keluar..Sungguh penat dan esok driving ke kampung.. Jauhhhh.. Semoga dpermudahan segala urusan kami esok hari.. aminn

Khamis, 5 Mei 2011

Salasilah keluarga Ahmad bin Yusuf@Usop bin Ahmad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kali ini ninie nak berkongsi salasilah keturunan ninie..

Tujuan utama adalah untuk mencari keluarga yang telah jauh terpisah..

Buat saudara mara yang telah jauh yang mengenali semua nama di bawah, sila tinggalkan nombor telefon anda.

 Ramai yang telah terpisah entah kemana. Allahyarham Ahmad bin Yusuf@Usop iaitu datuk ninie sempat berpesan untuk mencari keluarganya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir..

Apa dayaku untuk mencari semuanya.. hanya ini yang mampu ninie lakukan..

Ini adalah sijil warganegara datuk ninie selepas mendaftar menjadi warganegara Malaysia.. yang sebelumnya warganegara Singapura.. Al-Fatihah.. 106 hari sudah datuk meninggalkan kami..

Sijil Warganegara Malaysia yang mengesahkan dia bukan lagi warganegara Singapura.

Kalau korg nak tau wajah ayah ninie, memang 'copy' and 'paste' wajah arwah datuk..

Ini pula salasilah keluarga yang di beri oleh Allahyarham datuk ninie sebelum meninggal dunia..


Salasilah keluarga yang telah berpecah semasa perang dunia satu masa dahulu.

Jika ada kaum keluarga yang mengenali, ada d dalam salasilah keluarga ataupun ada mempunyai salasilah yg sama seperti d atas, Silalah PM saya d bawah komen box d bawah.

KERJASAMA DARI PIHAK TUAN/PUAN/ENCIK/CIK AMATLAH SAYA HARGAI..