say.my & churpchurp

Pengikut Tegar

Selasa, 9 Mac 2010

Aku sedang mengubah suai ladangku :)

Aku pernah memberitahu pada entry yang lepas mengenai bercucuk tanam di dalam Facebook. Aplikasi FarmVille menjadi kegilaanku. :) Aku mulai mengubah suai ladangku malam semalam. Aku mahu mencantikkn lagi ladangku. Mari lihat bagaimana keadaan ladangku sebelum dan semasa. hehehe. Sebenarnya belum siap lagi kerana kekurangan duit. hehehe..

SEBELUM




SEMASA









SELEPAS [akn di update nanti :)]

................................

Pergi ke kampus

Hari ini aku pergi ke UiTM utk menguruskan pemohonan cuti khasku. Hasratku terbantut kerana Puan Maimon iaitu orang yang menguruskan pemohonan cuti khas sedang bercuti. Aku di minta datang lagi pada keesaokkan harinya. Arkhhhh pergi lagi. Aku bukannya x mau nak berulang alik ke UiTM, tapi kesihatanku membataskan pergerakkanku. Aku kadang-kadang akan marah ataupun benci utk berjumpa dengan semua org. Sesiapa sahaja. huhuhu. Minggu lepas aku pergi berjumpa dengan Ketua Program utk membuat ulasan bagi pemohonan cuti khasku tetapi Ketua Program mengarahkan ku pergi ke Pejabat Kounseling utk mendapatkan surat sokongan dan membawa surat sokongan tersebut bersama-sama dengan borang pemohonan cuti khas utk di sahkan olehnya. Setibanya aku di Pejabat kounseling, aku berjumpa di bawa berjumpa dengan ketua di pejabat tersebut dan meminta aku menyatakan masalahku. Aku pun mulai bercerita. Belum sempatku akhiri ceritaku, Cik itu memotong bercakapanku. Dia memberitahu bahawa aku tidak perlukan surat sokongan dari pihak kounseling kerana aku cuti atas sebab kesihatan. Tapi, aku harus pergi berjumpa dengan doktor UiTM utk mendapatkan surat sokongan dr beliau dan terus mengantar borang pemohonan itu ke Hal Ehwal Akademik [HEA]. Setelah semua selesai, aku di beritahu bahawa keputusan permohonan akan di beritahu seminggu selepas itu. Arkhhh aku mulai keluh resah. Cuti belum lagi di sahkan dan aku sudah mulai cuti [x turun kuliah]. Aku pergi pada hari ini dengan harapan keputusan itu sudah keluar tetapi sia-sia. Semuanya x mengapa, apa yang penting aku harus menguruskan semuanya secepat mungkin.. Doakan aku ya kwn-kwn :) Semoga di permudahkan segala urusanku. AMIN..